Dalam artikel ini kami akan kongsikan Permohonan Transkrip UiTM Online untuk panduan pelajar yang dikongsikan oleh laman Permohonan Transkrip UiTM Online (ecentral.my)
Lain: Cara Kira CGPA UiTM
Isi Kandungan
Tunjuk
Syarat Permohonan Transkrip UiTM
- Permohonan tidak akan diproses sekiranya pemohon masih berhutang dengan Universiti.
- Permohonan akan diproses dalam tempoh 5 (lima) hari bekerja setelah pembayaran dibuat. (Tidak termasuk tempoh pos).
- Jika pihak UITM tidak menerima bayaran dalam tempoh 7 (tujuh) hari bekerja permohonan anda akan dibatalkan.
- Tiada bayaran balik akan diberikan setelah pembayaran dibuat.
- Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya transkrip rasmi yang dihantar melalui pos tidak diterima, rosak atau hilang.
- Transkrip Rasmi akan dikeluarkan untuk program berikut sahaja (Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana (Mod Campuran) dan PhD (Mod Campuran).
- Kaedah ambil sendiri boleh dibuat di:
Bahagian Rekod dan Konvokesyen Pelajar (BRPK)
Pejabat Pendaftar Aras 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam
Cara Permohonan Transkrip UiTM Secara Online
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk permohonan anda mendapatkan trankrip UITM secara online.
- Layari portal rasmi UITM di alamat https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/APPLY_TRANSCRIPT_ONLINE/login_form.cfm
- Di halaman tersebut, masukkan Studen ID, Nombor Kad Pengenalan dan Kod Program
- Klik butang “Login”
- Klik butang “New Application”
- Lengkapkan borang dengan segala butira yang diminta
- Pilih sama ada hendak menerima transkrip UITM anda secara pos atau ambil sendiri
- Muat naik salinan IC yang telah disahkan
- Klik butang “Submit Application”
- Bil akan dijana serta merta dan boleh disemak di portal pelajar
- Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran secara dalam talian
- Muat turun borang yang telah dilengkapkan tadi
- Simpan bukti pembayaran untuk rujukan di masa hadapan
- Muat turun “Borang Permohonan Surat Pengesahan Pelajar” di https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/BPSPP.pdf
- Lengkapkan borang di atas
- Emel kedua-dua borang bersama-sama slip bayaran kepada pegawai bertugas mengikut fakulti masing-masing. Nama dan emel pegawai bertugas boleh disemak di direktori https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/direktori-staf.html
Sumber: Permohonan Transkrip UiTM Online (ecentral.my)