Cara Tukar Surat Beranak Lama Ke Baru

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan rasmi dari JPN cara tukar surat beranak lama ke baru atau cara tukar sijil kelahiran

Lain: Cara Lajukan Internet Slow Telefon UMobile Celcom Digi Maxis

Cara Tukar Surat Beranak

Berikut adalah panduan cara tukar surat beranak yang dikongsikan oleh laman Cara Tukar Surat Beranak Lama Ke Baru (JPN) (ecentral.my)

Apa itu Surat Beranak

Setiap kelahiran di Malaysia WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf perkahwinan & kewarganegaraan ibu bapa bayi.

Untuk pengetahuan semua, JPN akan keluarkan sijil lahir berwarna hijau kepada bayi warganegara dan merah jambu bagi bukan warganegara.

Surat Kelahiran / Surat Beranak adalah sebuah dokumen penting mengenai seseorang individu itu yang kelahirannya sudah didaftarkan.

Di Malaysia, pendaftaran untuk setiap kelahiran mestilah dibuat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen ini mengandungi beberapa maklumat penting mengenai seseorang individu itu antaranya nama, tarikh lahir, nombor surat kelahiran, nama ibu dan bapa dan beberapa maklumat lain.

Berbanding kad pengenalan yang mesti di bawa ke mana-mana sahaja untuk semakan pihak berkuasa, biasanya kita hanya menyimpan Surat Kelahiran ini sahaja namun mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan penting antaranya perkahwinan dan sebagainya.

Surat Kelahiran ini juga merupakan dokumen penting bagi mengesahkan status warganegara seseorang individu itu.

Fungsi Surat Beranak

Kebanyakan daripada kita yang sudah berumur masih menggunakan dokumen Surat Kelahiran yang lama.

Sekiranya MyKad digunakan sebagai pengganti kad pengenalan lama, maka Surat Kelahiran juga sebenarnya telah ditukar ke format baharu.

Sekiranya anda ingin berurusan dengan agensi kerajaan misalnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mungkin sesetengah urusan memerlukan Surat Beranak yang baru untuk tujuan tertentu.

Maka anda hendaklah ke pejabat JPN untuk membuat pertukaran ke Surat Beranak yang baru.

Cara Tukar Surat Beranak Lama ke Baru

tukar surat beranak

Berikut merupakan cara untuk tukar Surat Beranak Lama ke Baru:

  1. Hadirkan diri ke mana-mana cawangan JPN Negeri
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    • Kad pengenalan
    • Salinan kad pengenalan anda
    • Surat Kelahiran original

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5 dan pembayaran hanya bole dibuat menggunakan kad.

Anda hanya perlu menunggu seketika sebelum Surat Beranak yang baru akan siap.

Sumber: Cara Tukar Surat Beranak Lama Ke Baru (JPN) (ecentral.my)