Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai jenis compressor aircond dan tanda compressor aircond kereta rosak.

Lain: Maksud Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard

Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak

Berikut adalah info mengenai tanda compressor aircond kereta rosak yang dikongsikan oleh artikel asal di laman 4 Tanda Compressor Aircond kereta Rosak – Kinongaraj

Apa itu Compressor Aircond

Compressor air cond kereta adalah komponen penting dalam sistem air cond kereta. Ia bertanggungjawab untuk memompa refrigerant, zat pendingin yang digunakan untuk menyejukkan udara, ke seluruh sistem air cond.

Jenis Aircond Compressor

Terdapat 3 Jenis Aircond Compressor :

  • Compressor Magnet Clutch.
  • Compressor Control Valve Pressure.
  • Compressor Hybrid.

Compressor Magnet Clutch banyak digunakan di malaysia.

Contoh kenderaan yang menggunakan Compressor Magnet Clutch :

  • Honda Stream.
  • Proton Wira.
  • proton Saga.
  • Toyota avanza/myvi.
  • Perodua Alza.

Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak

1 Bunyi Bergeseran Apabila Aircond Dihidupkan

Kerosakan pulley bearing / tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond pulley bearing.
  • Terdapat bunyi pada compressor apabila suis aircond dihidupkan.
  • Bunyi seperti besi bergeseran pada aircond compressor.
  • Periksa keadaan compressor jika terdapat habuk besi dan keledak hitam.
  • Kemungkinan besar pulley bearing rosak dan menyebabkan bunyi bising.
  • Hantarkan kereta anda di bengkel untuk pemeriksaan.

2 Bunyi Compressor Kasar

Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak
Bunyi kasar pada aircond compressor
  • Normalnya bunyi aircond compressor adalah senyap.
  • Jika berlaku bunyi kasar pada compressor aircond kemungkinan komponen dalaman telah rosak.
  • Apabila bearing atau piston compressor longgar/rosak ia mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Disyorkan anda tukar compressor baru  untuk penggunaan jangka panjang.

3 Enjin Kereta Mati apabila Suis Aircond Dihidupkan.

Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak
Enjin kereta mati apabila suis aircond dihidupkan.
  • Enjin kereta mati secara tiba – tiba apabila suis aircond dibuka.
  • Ini bermakna komponen dalaman compressor jammed.
  • Selalunya terjadi pada bearing dan piston compressor.
  • Tukarkan aircond compressor baru.

4 Kerosakan Pada Magnetic Clutch

kerosakan magnet clutch/tanda compressor aircond kereta rosak
Kerosakan pada aircond magnet clutch
  • Akan berlaku sekejap sejuk dan sekejap tidak sejuk.
  • Ini disebabkan tiada cengkaman pada magnet clutch untuk memusingkan compressor.
  • Perlu OFF kemudian ON suis aircond baru aircond sejuk.
  • Jika ini terjadi pada kereta anda, segeralah ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Operasi Sistem penyaman udara kereta :

Tanda Compressor Aircond Kereta Rosak
cara operasi aircond pada kereta.

Sumber: 4 Tanda Compressor Aircond kereta Rosak – Kinongaraj