My Kasih 2022 Permohonan Baru & Semakan E-Kasih Online

MY KASIH REGISTER 2022 : PERMOHONAN BARU DAN SEMAKAN E-KASIH ONLINE

Bantuan lain: BINGKAS Selangor 2022: Permohonan Bantuan RM300 Sebulan

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM100 Juta Ringgit melalui bantuan cashless (Sistem MyKasih) yang diberkan kepada hampir 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara. Cashless (Sistem MyKasih) adalah sejenis inisiatif yang hanya menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah di senarai premis yang telah dinyatakan.

Bentuk bantuan tanpa tunai ini adalah di bawah pakej ransangan PEMERKASA. Pada 1 Julai 2021, semua yang layak terima MyKasih Prihatin akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan. Elaun tersebut akan dikreditkan secara terus ke akaun MyKad penerima yang telah layak.

Sebagai pengetahuan anda, elaun MyKasih ini yang hanya menggunakan MyKad boleh di gunakan untuk membeli barangan makanan asas di kedai runcit yang mengambil bahagian di dalam program Prihatin Kasih contohnya mykasih tesco.

MY KASIH FOUNDATION

Sebagai maklumat untuk anda, my kasih foundation mempunyai program mykasih care yang merupakan organisasi NGO tempatan yang telah ditubuhkan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean pada tahun 2009 bertujuan untuk membantu serta meringankan bebanan pelajar miskin serta keluarga yang memerlukan bantuan.

Di bawah ini adalah bagaimana untuk daftar my kasih register dan diharap anda faham kelayakan adalah berdasarkan kriteria tertentu berdasarkan pangkalan data pihak kerajaan.

PERMOHONAN BARU MY KASIH REGISTER 2022

Untuk membuat pendaftaran penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih. Berdasarkan semakan yang telah dibuat, kriteria penerima mykasih.com.my register diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudiannya akan disemak sekali lagi dengan data daripada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Di bawah ini adalah cara permohonan baru e kasih online 2022 untuk anda membuat permohonan mykasih com my.

Baca juga : CARA DAFTAR BSN ONLINE BANKING

CARA DAFTAR PERMOHONAN BARU E KASIH ONLINE 2022

Bagaimana untuk anda membuat my kasih register 2022? Untuk pengetahuan anda, bagi memohon bantuan eKasih 2022, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu RM1,500 untuk bandar atau RM1,000 untuk luar bandar sebulan. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap 2 tahun sekali.

my kasih

BORANG PENDAFTARAN E KASIH

Untuk permohonan E-Kasih boleh merujuk di laman web rasmi di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/ProsesPendaftaran.aspx. Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau menerusi seperti di bawah :

  • Telefon
  • Surat
  • Emel Rasmi
  • Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

MY KASIH KAPITAL REGISTER 2022

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Klik pautan berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScN38AiRaxxGVjsxHiOzWr4sD6-kF1rRKbXtbNgwQF2Db3bQw/viewform.
  2. Isi maklumat yang di dalam setiap ruangan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  3. Pastikan setiap maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.
  4. Pada akhir paparan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Baca juga : CARA NAK DAFTAR ASB ONLINE

SENARAI NOMBOR TELEFON UNTUK PERMOHONAN E KASIH

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.

Kepada yang ingin memohon eKasih 2022, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu sila rujuk di bawah :

  • Butiran KIR dan AIR
  • Lokasi
  • Kediaman
  • Pendidikan
  • Kemahiran dan pekerjaan
  • Harta
  • Kesihatan
  • Bantuan
  • Pendapatan

Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

JENIS BANTUAN E KASIH

Terdapat beberapa jenis bantuan E Kasih seperti di bawah :

Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

Bantuan iSuri KWSP

Jika anda penerima ekasih,anda juga layak menerima Bantuan iSuri KWSP. Anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).

Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas

Sepanjang tempoh PKP & juga pasca PKPB serta PKPD, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini

Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim

Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

Bantuan Persekolahan

Menjelang pembukaan sekolah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan menerima bantuan persekolahan

Bantuan Prihatin Nasional(BPN)

Jika anda penerima ekasih,anda juga layak menerima Bantuan Prihatin Nasional(BPN)

Permohonan MYTV percuma

Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima MYTV percuma

Bantuan Khas Bakul Makanan JKM

Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima Bantuan Khas Bakul Makanan JKM tanpa perlu isi borang permohonan ekasih disebalik perintah PKPB & PKPD di Melaka, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang Penang, Perak, Selangor dan Pahang

PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN

Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

SEMAKAN BANTUAN MY KASIH

Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:

  1. Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

E KASIH SEMAKAN STATUS DAFTAR DAN PENERIMA BANTUAN

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

SEMAKAN BANTUAN MY KASIH KAPITAL

Semak status My Kasih Kapital boleh di buat di sini : https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx

Apa itu My Kasih?

Satu bentuk bantuan tanpa tunai cashless dibawah pakej ransangan PEMERKASA. Melalui PRIHATIN Kasih, kerajaan telah memperuntukkan bantuan cashless sebanyak RM100 juta kepada 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

Bagaimana nak buat semakan My Kasih Kapital?

Melalui laman web rasmi boleh lihat di dalam artikel ini.

Apakah jenis bantuan E Kasih?

Terdapat 9 jenis bantuan E Kasih yang telah akan diberikan kepada mereka yang layak.

Sumber: Kerajaan Online