Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam RM600

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info penuh mengenai bantuan khas aidilfitri 2023 kepada penjawat awam berjumlah RM600 seperti tarikh bayaran dan jumlah bayaran bantuan.

Artikel lain: My Kasih 2022 Permohonan Baru & Semakan E-Kasih Online

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Berikut adalah maklumat penuh mengenai bantuan khas aidilfitri yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-penjawat-awam/

Bantuan Khas Aidilfitri

BAJET 2023 : Bonus Raya Penjawat Awam (Bantuan Khas Aidilfitri) dinaikkan kepada RM600 bagi tahun 2023 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Mac tahun depan, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut Menteri Kewangan, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Apa Itu Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM600

Sumber: https://ecentral.my/bantuan-khas-aidilfitri-penjawat-awam/