BINGKAS Selangor 2022: Permohonan Bantuan RM300 Sebulan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini akan memperuntukkan RM3,600 setahun ataupun RM 300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak.

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diumumkan dalam Belanjawan 2022 Selangor dengan peruntukan RM108 juta bagi membantu 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal mendepani cabaran pascapandemik.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan RM300 sebulan selama setahun diagihkan mulai Februari 2022 bagi membeli barang keperluan rumah dan pendidikan anak-anak.

Sebelum ini, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) memberi wang tunai RM200 sebulan. Kini ditambah baik kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peningkatan wang tunai RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.

Program turut ditambah baik dengan diperluaskan tidak mengira jantina dan jangkaan pertambahan 9,000 keluarga. Bantuan ini boleh digunakan untuk keluarga menampung perbelanjaan barang dapur, pendidikan atau apa-apa urusan keluarga yang memerlukan.

Artikel lain: Cara Bayar Loan Kereta AmBank Online (amonline.com.my)

BINGKAS Selangor

Berikut adalah maklumat mengenai BINGKAS Selangor atau Bantuan RM300 yang dikongsikan oleh laman Harianpost.

Syarat Kelayakan BINGKAS

1) Ketua Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 Tahun ke bawah.
2) Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
3) Pemastautin dan Pengundi

Dokumen Pendaftaran:
1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2) Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan
3) Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)
4) Salinan semakan SPR
5) Salinan Kad OKU (jika berkaitan)
6) Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)

Cara Permohonan BINGKAS Selangor 2022

Permohonan bermula 1 Julai 2022.

Bagi pemegang kad KISS, mereka perlu membuat kemaskini maklumat dalam tempoh dua bulan bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022 untuk meneruskan manfaat tersebut.

Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.

Syarat BINGKAS :

  • Keluarga pendapatan bawah Rm3000.
  • Mempunyai tanggungan bawah 18tahun.
  • Pengundi di Negeri Selangor.

Manfaat BINGKAS:

  • Had pembelian Rm300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

CARA PERMOHONAN

Permohonan dibuka bermula 1 Julai 2022 di laman web www.bingkasselangor.com .

Pastikan sebelum membuat permohonan Tuan/Puan telah muat turun dan daftar akaun Selangkah.

Rujuk langkah permohonan di bawah:

bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor

BAGI PEMEGANG KAD KISS TERDAHULU (bukan yang pernah memohon KISS dan telah diterminate), anda perlu

  1. Kena download 2 apps ini, apps SELANGKAH & apps WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…).
  2. Sila isi & completekan semua details pemohon di apps SELANGKAH dahulu. Apps e-wallet WavPay boleh digunakan kalau pemohon telah diluluskan untuk menggunakan BINGKAS.
  3. Masuk http://bingkasselangor.com/ pada 1 Julai nanti untuk update details untuk pemegang kad KISS terdahulu.
  4. Pastikan apps SELANGKAH dimuaturun terlebih dahulu dan diisi semua detalis pemohon. Kalau tak update di website BINGKAS, nama akan digugurkan selepas 1 September 2022 dan pemohon sediaada kena mohon semula.
  5. Setelah selesai update di BINGKAS
  • Masuk SELANGKAH , klik kad BINGKAS. Terus masuk Wavpay, di Wavpay:
  1. Masuk OTP
  2. Pergi profile
  3. My akaun
  4. Reset payment pin
    ( Amaun RM300 akan masuk terus tetapi mengambil masa sedikit)

Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:

  1. Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600
  2. Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat
  3. Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | bingkasbantuan@wavpay.net