Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai SSPI Sistem Semakan Perjalanan Imigresen bagi semak status perjalanan imigresen sebelum ke luar negara
Lain: Cara Daftar Grab Driver Online & Kerja Jadi Pemandu
SSPI
Berikut adalah maklumat mengenai SSPI yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://kekandamemey.com/sspi-semak-status-imigresen.html
Apa itu SSPI
Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia ada menyediakan satu kemudahan kepada Warganegara Malaysia dengan mewujudkan satu portal Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) kepada mereka yang ingin membuat semakan status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara boleh membuat semakan secara online.
AGENSI KERAJAAN YANG MENYENARAI HITAM
Jika anda pernah mempunyai tunggakan bayaran atau senarai hitam dari agensi kerajaan, eloklah jika anda memeriksa dahulu status anda. Semakan disenaraihitamkan atau blacklisted oleh Agensi Kerajaan seperti:
- Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Bank Negara Malaysia (BNM)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Mahkamah
- Jabatan Penjara
- Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
CARA SEMAK STATUS PERJALANAN IMIGRESEN SSPI
Semakan Status perjalanan anda boleh dibuat secara online menerusi Web Rasmi Imigresen. Berikut adalah merupakan cara semakan:
- Layari pautan Sistem Semakan Perjalanan Imigresen
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di dalam kotak yang disediakan. Tekan Semak.
- KEPUTUSAN SEMAKAN akan dipaparkan di skrin.
- Sekiranya jawapan yang keluar adalah seperti berikut:
- Tiada Halangan – bermakna anda boleh ke luar negara.
- Sila rujuk kepada Jabatan Imigresen terdekat – anda diminta untuk ke cawangan Jabatan Imigresen kerana kemungkinan anda telah disenaraihitamkan.
SEMAKAN MANUAL STATUS PERJALANAN IMIGRESEN
Untuk makluman anda, beberapa mesin untuk semakan ini juga telah ditempatkan berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan bagi memudahkan anda membuat proses ‘self-checking’.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS PERJALANAN IMIGRESEN
Bolehkah rakyat malaysia keluar negara?
- Boleh. Dengan syarat anda tiada masalah apabila anda buat semakan sekatan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia
Apakah punca yang boleh Disenarai Hitam?
Diantara punca-punca individu disenarai hitam yang menyebabkan di halang ke luar negara adalah seperti berikut :-
- Gagal membayar cukai pendapatan LHDNM
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
- Seseorang yang diisytiharkan bankrap
- Peniaga yang tidak membayar GST
- Majikan yang gagal melunaskan tunggakan caruman bulanan KWSP pekerja
- Perintah Mahkamah atas kesalahan sekuriti
Bagaimana cara ingin semak senarai hitam Bank?
- Anda boleh tahu apabila anda kena senarai hitam dan blacklist dengan pihak apabila nama anda tersenarai dalam senarai yang telah dapat status muflis. Semakan boleh dibuat secara online melalui portal Insolvensi online Jabatan Insolvensi Malaysia
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.
Sumber: https://kekandamemey.com/sspi-semak-status-imigresen.html