Cara Mendapatkan Anak Angkat & Permohonan Anak Angkat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara mendapatkan anak angkat & prosedur permohonan anak angkat di Malaysia

Lain: Cara Bayar Loan Kereta AmBank Online (amonline.com.my)

Prosedur Permohonan Anak Angkat

Berikut adalah info mengenai prosedur permohonan anak angkat yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/permohonan-anak-angkat/

Cara mendapatkan anak angkat

Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk mendapatkan anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia:

  1. Secara terus daripada ibu bapa kandung kanak-kanak yang ingin diambil sebagai anak angkat itu
  2. Permohonan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bagi cara nombor 1 di atas, anda perlu mengikuti beberap prosedur untuk memastikan status anak-anak itu sah di sis undang-undang iaitu melalui salah satu cara di bawah:

  1. Permohonan di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi dalam masa 3 bulan selepas menerima Notis Pengangkatan
  2. Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara

Bagi permohonan anak angkat melalui JKM, permohonan boleh dibuat melalui surat, faks, telefon, emel atau yang sebaiknya datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berdekatan tempat anda tinggal.

Syarat-syarat permohonan

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan syarat-syarat permohonan yang perlu dipatuhi agar permohonan anak angkat ini boleh dipertimbangkan:

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau
    kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  6. Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  7. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
  8. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  9. Bebas dari rekod kesalahan jenayah.
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen-dokumen permohonan

Pastikan setiap pasangan yang ingin membuat permohonan pengambilan anak angkat menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri).
  2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
    (Sila klik untuk muat turun)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.

Sumber: https://ecentral.my/permohonan-anak-angkat/