Pantun Hari Raya Aidilfitri Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Koleksi pantun hari raya terkini untuk Aidilfitri yang viral untuk keluarga & sahabat serta contoh pantun hari raya Aidilfitri.

Lain: Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2023

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Berikut adalah koleksi pantun hari raya aidilfitri yang dikongsikan oleh laman Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat (fuh.my)

Apa itu Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan penting yang diraikan oleh umat Islam. Pada pagi hari raya, mereka memakai pakaian baru dan bersolat di masjid. Mereka mengucapkan syukur, bertakbir dan selepas itu mereka akan ziarah-menziarahi meminta ampun daripada orang tua, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Menarik

Burung cenderawasih terbang ke awan,

Hinggap sebentar di pohon cemara,

Maaf dan kasih kami sampaikan,

Ikhlas buatmu di Hari Raya.


Pergi ke rumah Pakcik Hamdan,

Dijamu dengan kuih keria,

Berakhir sudah bulan Ramadan,

Kini Syawal disambut meriah.


Buah keranji dalam perahu,

Masak sebiji di atas peti,

Sudah lama menahan rindu,

Semoga bertemu lebaran nanti.


Pergi ke desa mencari rotan,

Untuk membuat meja dan kerusi,

Kami sekeluarga ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidifitri.


Jika kita tak sempat bersua,

Jika ada kata mengguris hati,

Semoga pintu maaf masih terbuka,

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.


Bulan Ramadhan bulan yang mulia,

Di sambut dengan hati yang gembira,

Kini syawal semakin menjelma,

Tangan ku hulurkan maaf dipinta.


Ada kalimah yang tak perlu disampaikan,

Ada juga perasaan yang ridak mampu diucapkan,

Kamu yang jauh tidak pernah ku lupakan,

Salam Aidilfitri, Selamat Menyambut Hari Lebaran.


Pulang ke kampung di malam hari,

Berangkat menuju ke Kampung Mantin,

Minal Aidil Wal Faizin,

Mohon maaf zahir dan batin.


Jambangan indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,

Whatsapp dikirim pengganti diri,

Tanda ingatan tidak lupa dihati.


pantun hari raya

Buah nangka buah bidara,

Enak dimakan bersama rakan,

Selamat Hari Raya wahai saudara,

Semoga silaturrahim dapat dieratkan.


 Memukul gendang pelbagai gaya,

Amat meriah riang gembira,

Ramai bertandang di hari raya,

Tersenyum riang sanak saudara.


Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silap harap maafkan.


Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.


Beli minuman pelbagai perisa,

Untuk dihidang waktu berbuka,

Tak terasa sebulan berpuasa,

Akhirnya Aidilfitri berkunjung tiba.


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,

Lambaian Syawal Kian Dinanti,

Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,

Salah dan silap harap dimaafi.

Sumber: Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat (fuh.my)