Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai Honda N-Box seperti harga kereta, model ditawarkan serta spesifikasi Honda N-Box Malaysia
Lain: Punca Aircond Kereta Tak Sejuk
Honda N-Box
Berikut adalah maklumat mengenai kereta Honda N-Box Malaysia yang dikongsikan oleh laman Honda N-Box : Harga, Model & Spesifikasi Di Malaysia (ecentral.my)
Honda N Box Malaysia
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Honda Nbox Malaysia
Apa itu Honda N-Box Malaysia
Dari perkataan Honda N-Box, huruf “N” ialah motif N kereta pertama Honda N360 yang dibuat secara besar-besaran.
Nama ini juga bermaksud “kembali ke titik permulaan sekali lagi dan buat kereta era baharu”
Huruf ”N” juga boleh membawa maksud ”New”, ”Next”, “Nippon” dan “Norimono (kenderaan),” dan mempunyai maksud “membuat kenderaan Jepun baharu pada masa hadapan.”
Sementara itu, perkataan “BOX” dinamakan sempena bentuk kereta ini seakan-akan sebuh kotak.
Kenapa Honda N-Box Popular
Honda N-Box begitu popular keranya saiznya begitu kompak, sesuai untuk perjalan dalam bandar di Jepun yang begitu sesak.
Walaupun kompak, saiz dalamannya cukup selesa (tidak menghairankan kereta rekabentuknya seakan-akan kotak untuk memastikan ruang dalaman dapat dimaksimakan.
Spesifikasi Honda N-Box
Kereta ini dikuasakan oleh enjin petrol 3 silinder 660 cc pengecas turbo yang dipadankan dengan transmisi CVT, N-Box menghasilkan tidak lebih daripada 64 PS, dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 110 km/j.
Berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar dan 1,770 mm tinggi, N-Box ialah kenderaan yang sangat kecil, yang kelihatan seperti pembakar roti di atas roda.
Cara Tempah Honda N-Box Malaysia
Honda N-Box adalah model kereta yang dibuat khusus untuk pasaran di Jepun.
Walau bagaimanapun, anda boleh membelinya daripada penjual yang mengimport kereta ini masuk ke Malaysia.
Maklumat lanjut, sila rujuk : https://www.honda.com.my/
Sumber: Honda N-Box : Harga, Model & Spesifikasi Di Malaysia (ecentral.my)