Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai harga tol plus terkini & cara semakan harga tol plus setiap laluan di Malaysia.
Lain: Cara Topup Maxis (Reload Hotlink Diri Sendiri & Nombor Lain)
Harga Tol PLUS
Berikut adalah maklumat mengenai harga tol plus terkini yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/harga-tol-plus/
Harga Tol PLUS Terkini
Tahukah anda sebenarnya anda boleh semak harga tol lebuhraya mengikut jarak plaza masuk dan plaza keluar ?
Jom ikuti cara semakan Tol PLUS yang cukup mudah !
Bagi memudahkan pengguna jalanraya membuat kadar semakan bayaran tol, sebuah laman web khas khas telah dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Pautan ini membolehkan orang ramai untuk semak kadar bayaran ke destinasi di lebuhraya seluruh Malaysia.
Cara untuk semak harga tol adalah seperti berikut :
- Layari pautan http://kadartol.llm.gov.my/
- Pilih lebuhraya yang anda ingin gunakan
- Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar kemudian tekan butang CARI
- Kadar bayaran serta jarak perjalanan akan dipaparkan mengikut kelas kenderaan.
Anda juga boleh membuat semakan melalui TOLL Fare Calculator di laman web rasmi PLUS melalui pautan berikut
Penurunan Harga Bayaran Tol Sebanyak 18% Bagi Lebuhraya Kendalian PLUS
Untuk makluman anda, harga bayaran tol yang dipaparkan melalui pautan berikut sudah dikurangkan sebanyak 18% sejak 1 Februari 2020 !
Ia dilaksanakan bagi Penurunan ini dilaksana bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.
Bagi lori (kelas 2&3) kadar bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila layari pautan berikut :
Facebook Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia
Laman Twitter Rasmi LLM Trafik
Sumber: https://ecentral.my/harga-tol-plus/