Cara Kira Overtime Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Cara kira OT terkini dengan mudah & cepat dengan cara semak jumlah hari bekerja

Lain: Cara Buat Wet Food Kucing Guna 3 Bahan Murah & Mudah

Cara Kira Overtime

Berikut adalah panduan cara kira overtime yang dikongsikan oleh laman asal di Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022) (fuh.my)

Definisi Kerja Lebih Masa / Overtime

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, kerja lebih masa atau lebih difahami dengan istilah overtime (OT) merupakan kerja yang yang dilakukan pada masa melebihi waktu kerja normal.

Sebagai contoh, Amir bekerja dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang, tetapi, diminta untuk bekerja sehingga pukul 10 malam. Maka, lebihan jam selepas pukul 5 petang sehingga 10 malam tersebut dikira sebagai kadar jam kerja lebih masa.

Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022)

Akta Pekerja 1955 telah diwartakan Pindaan 2022 berkuatkuasa pada 1 September 2022. Antara perubahan yang diperkenalkan dalam pindaan ini adalah :

Jumlah waktu bekerja mingguan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Lebih daripada itu akan dikira sebagai Over Time atau Kerja Lebih Masa.

Pekerja bergaji bawah RM 4,000 juga layak untuk dapat Overtime tanpa mengira pangkat. Sebelum ini, hanya pekerja dengan gaji RM 2,000 ke bawah sahaja yang layak untuk claim.

Cara Kira Overtime

Semak Jumlah Hari Bekerja

Pertama sekali, anda perlu semak jumlah hari bekerja masing-masing di jadual atau kontrak perjanjian kerja.

Sekiranya anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/6 = 7.5 jam sehari.

Jika anda bekerja 5 hari seminggu, maka waktu bekerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/5 = 9 jam.

Kira Kadar ORP dan HRP

Bila anda sudah tahu jumlah hari dan jumlah jam bekerja sehari, kira pula kadar harian OT.

Caranya ialah dengan mengenalpasti rate gaji harian (ORP) terlebih dahulu. (ORP = Ordinary Rate Pay)

Formula untuk mendapatkan ORP adalah seperti berikut :

Gaji bulanan/26

Contohnya gaji anda RM 4,000 :

RM 4,000/26 = RM 153.85

Jadi, RM 153.85 ialah rate gaji harian anda.

Untuk dapatkan rate gaji per jam (HRP), bahagikan ORP dengan jumlah jam bekerja. Contohnya, anda bekerja 8 jam :

HRP : RM 153.85/8 = RM 19.23.

Jika anda bekerja 8.5 jam, maka HRP anda adalah :

HRP: RM153.85 / 7.5 = RM20.51

Cara Kira Overtime
Sumber : FB Abdul Basit

Semak Hari Overtime

Untuk kira overtime, semak jenis hari anda buat OT. Gandaan Hari OT adalah berbeza mengikut hari.

Hari biasa : 1.5

Hari Rehat : 2.0

Cuti Umum : 3.0

Perlu diingat bahawa kadar OT perlu dikira selepas jam bekerja sehari. Contohnya, kalau waktu bekerja anda adalah 8 jam, maka OT hanya dikira selepas daripada 8 jam.

Cara Kira Overtime

Formula untuk cara kira overtime adalah seperti berikut :

HRP X Jumlah Jam Anda Buat OT X Gandaan Hari OT

Sebagai contoh, jika anda bekerja lebih masa 3 jam pada hari biasa dan HRP anda adalah RM 19.23, maka kiraan gaji overtime yang anda akan dapat adalah :

RM 19.23 X 3 X 1.5 = RM 86.54

Jika anda buat OT selama 3 jam pada Cuti Umum, anda lebih beruntung untuk dapatkan 3 kali ganda bagi setiap jam OT :

RM 19.23 X 3 X 3 : RM 173.07

Cara Kira Overtime

Sumber: Cara Kira Overtime Terkini (Pindaan Akta Kerja 2022) (fuh.my)