Cara Halau Tikus Berkesan & Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Cara halau tikus terkini yang terbukti berkesan dan sesuai diamalkan di Malaysia

Tips halau haiwan lain: Sebab Lipan Berada Di Rumah Anda & Cara Halau Lipan

Cara Halau Tikus

Berikut adalah cara menghalau tikus berkesan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman 8 Cara Halau Tikus Sesuai Diamalkan Di Malaysia! (propertyguru.com.my)

Apa itu Tikus

Tikus adalah haiwan perosak yang sangat digeruni pemilik rumah dan juga kedai makan. Selain daripada boleh melakukan kerosakan, tikus juga boleh memberikan penyakit bahaya seperti penyakit kencing tikus atau Leptospirosis.

Ada juga kes di mana manusia dijangkiti apabila pergi ke air sungai atau tasik yang terdedah dengan air kencing tikus. Sangat penting untuk mengenali simptom kencing tikus supaya boleh mendapatkan rawatan segera.

Simptom Penyakit Kencing Tikus

Berikut adalah petanda penyakit kencing tikus:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sejuk kaki dan badan
  • Sakit otot
  • Muntah
  • Sakit abdomen
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal
  • Mata merah
  • Kekuningan kulit dan mata (jaundice)

Jenis Tikus

Berikut adalah jenis-jenis tikus untuk pengetahuan anda:

  • Tikus Belanda (Guinea Pig)
  • Tikus Mondok Hidung Berbintang
  • Tikus Mondok Bogel

Cara Menghalau Tikus

Menurut laman propertyguru.com.my, cara yang biasa digunakan bila nak uruskan masalah tikus adalah dengan memasang perangkap tikus atau letak racun tikus.

Kedua-dua cara ni tak begitu efektif sebab tak semua tikus yang ada akan mati kalau kaum kerabatnya dah ramai, jadi tikus masih boleh datang dan mengganggu kehidupan anda.

Anda boleh gunakan cara bawah ini untuk lebih efektif:

Daun Pandan

Boleh letakkan daun pandan pada tempat yang ada tikus dan pada laluan mereka kerana tikus sangat tak suka dengan bau pandan.

Daun Durian Belanda

Dapatkan beberapa helai daun durian belanda dan letakkan pada sarang tikus atau tempat yang selalu mereka lalu. Lepas 2 atau 3 hari, gantikan daun tadi dengan yang baru.

Pokok Daun Semalu

Tikus memang sangat takut dengan pokok daun semalu ni, sebab ada duri yang tajam pada tumbuhan ni.

Kalau tak nak tikus datang, anda boleh cuba menanam pokok daun semalu pada sekeliling atau di tepi rumah yang menjadi laluan mereka.

Kulit Durian

Lepas makan durian, letakkan beberapa potongan kulit durian pada laluan tikus.

Mereka akan takut untuk datang kerana kulit durian yang berduri tajam tu, dan juga sebab bau durian yang tak digemari oleh tikus.

Sisa Teh Uncang

Ambil je teh uncang yang dah digunakan dan gantungkan pada tempat yang selalu tikus lalu.

Tikus memang tak suka dengan bau teh uncang, dan pada masa yang sama uncang tu pun boleh menghalau labah-labah. Haa… percaya tak?

Serai Wangi

Serai wangi ni kira cara yang paling popular untuk halau tikus. Siap ada macam-macam produk yang dah dibuat menggunakan serai wangi ni, dalam bentuk serbuk, cecair, dan kiub pun ada.

Kalau nak halau haiwan perosak tu dengan cepat, letak serai wangi segar, atau sembur je cecair serai wangi pada laluan atau sarang tikus.

Cuka atau Serbuk Lada Hitam

Titiskan cuka ke dalam bekas kecil pada tempat laluan tikus, dan kena sentiasa tambah cuka di situ.

Kalau anda tak gemar dengan bau cuka, boleh juga taburkan serbuk lada hitam pada laluan tersebut.

Sumber: 8 Cara Halau Tikus Sesuai Diamalkan Di Malaysia! (propertyguru.com.my)