Senarai Barang Keperluan Asrama (Lelaki & Perempuan)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai barang keperluan asrama lelaki & barang keperluan asrama perempuan penting yang boleh anda ikuti.

Lain: Format Surat Rasmi & Contoh Surat Rasmi Template

Barang Keperluan Asrama

Berikut adalah barang keperluan asrama penting yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/barang-keperluan-asrama/

Barang Keperluan Asrama

Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Lelaki

1. Baju T-Shirt Berkolar

Sediakan beberapa helai t-shirt berkolar untuk aktiviti rasmi yang akan dijalankan di asrama. Biasanya pelajar lelaki akan dikehendaki untuk memakai t-shirt berkolar untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan terutamanya pada minggu orientasi.

2. Seluar Trek

Seluar trek ataupun seluar sukan juga akan diperlukan apabila aktiviti sukan ataupun lasak dijalankan. Anda boleh membawa beberapa helai seluar trek mengikut keperluan.

3. Kain Pelikat

Selalunya kain pelikat akan digunakan untuk menunaikan solat ataupun untuk tidur. Oleh itu,  sediakan beberapa helai kain pelikat untuk anda gunakan di asrama.

4. Songkok

Untuk pelajar Muslim, pastikan anda membawa sebuah pokok untuk digunakan semasa menunaikan solat ataupun aktiviti keagamaan di asrama mahupun di sekolah.

5. Baju Melayu

Sediakan beberapa pasang Melayu untuk digunakan masa prep malam, menunaikan solat Jumaat, ataupun aktiviti rasmi yang meminta pelajar untuk memakai baju Melayu. 

Pemilihan warna baju Melayu boleh dirujuk mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak asrama/sekolah. 

6. Sampin

Jangan lupa juga membawa sampin. Hal ini kerana,  pemakaian baju Melayu yang lengkap memerlukan pelajar untuk memakai sampin. Anda boleh membawa samping dengan warna yang boleh masuk ke pelbagai warna baju contohnya sampin berwarna silver. 

7. Pajamas (Untuk Dipakai Di Asrama)

Selain baju t-shirt berkolar, anda juga boleh membawa baju t-shirt biasa untuk dipakai semasa berada di asrama.  Atau, beli set baju tidur pajamas lelaki untuk dipakai semasa waktu tidur.

8. Seluar Pendek

Sekiranya anda suka memakai seluar, Anda boleh membawa beberapa hari seluar pendek.  Namun perlu diingat, kebanyakan asrama hanya membenarkan pemakaian seluar pendek semasa berada di dalam bilik asrama sahaja. 

9. Seluar Dalam

Bawa  seluar dalam secukupnya untuk dipakai sepanjang berada di asrama. Pastikan anda membawa seluar dalam tambahan sekiranya perlu terutamanya apabila asrama anda tidak menyediakan dobi.

Senarai Barang Keperluan Asrama Untuk Pelajar Perempuan

1. Baju Lengan Panjang

Untuk pelajar wanita, pastikan anda membawa beberapa helai baju lengan panjang yang longgar untuk dipakai semasa aktiviti rasmi dijalankan di asrama/sekolah. 

2. Tudung Sarung

Sediakan sehelai dua tudung sarung untuk dipakai semasa di asrama.  Ini adalah untuk memudahkan anda pergi ke mana-mana kawasan asrama tanpa perlu membuang masa mencari tudung yang perlu digosok lagi. 

3. Baju Kurung

Pastikan anda membawa beberapa helai baju kurung untuk digunakan semasa waktu prep ataupun aktiviti rasmi yang diadakan oleh pihak asrama/sekolah. 

Sebaiknya, bawa baju kurung tradisional biasa yang tidak mempunyai hiasan terlalu sarat ataupun mempunyai fesyen yang tidak dibenarkan oleh pihak sekolah. 

4. Tudung Hitam

Bawa satu atau dua helai tudung hitam untuk digunakan apabila perlu terutamanya semasa waktu prep atau sepanjang minggu orientasi dijalankan. 

6. Telekung

Anda juga dikehendaki untuk membawa telekung sendiri bagi memudahkan anda menunaikan solat ketika berada di asrama. 

Anda disyorkan untuk memilih telekung berwarna putih atau hitam. Hal ini kerana, terdapat asrama yang tidak membenarkan penggunaan telekung yang berwarna tertentu. 

7. Baju Dalam (Singlet Wanita)

Pastikan anda membawa beberapa helai baju dalam berwarna putih ataupun hitam untuk  dipakai apabila baju kurung sekolah ataupun baju kurung biasa anda mempunyai jenis kain yang tipis.

8. Kain Dalam

Selain itu jangan lupa juga membawa beberapa helai kain dalam untuk mengelakkan kaki anda kelihatan daripada jauh apabila memakai skirt terutamanya skirt pakaian sekolah/prep.

9. Anak Tudung

Sediakan beberapa helai anak tudung untuk dipakai setiap hari. Pastikan anda membawa anak tudung tambahan untuk mengelakkan  anda memakai  anak tudung yang berulang sehingga berbau. 

Senarai Barang Keperluan Asrama Umum

1. Baldi

Bawa sebuah baldi untuk digunakan semasa mandi ataupun mencuci kain apabila berada di asrama. Beli baldi dengan saiz yang sederhana sahaja. 

2. Gayung

Jangan lupa juga membawa gayung untuk digunakan semasa mandi terutamanya apabila bini air yang disediakan tidak mempunyai pancuran air. 

3. Tuala

Bawa satu ataupun dua helai tuala untuk digunakan di asrama. Jangan sesekali berkongsi tuala dengan orang lain. Sebaiknya bawa tuala yang tipis dan mudah untuk dikeringkan apabila sudah digunakan setiap kali mandi. 

4. Selipar

Sediakan selipar untuk digunakan apabila pergi ke tandas ataupun berjalan-jalan di kawasan sekitar asrama. 

5. Selimut 

Kebanyakan asrama tidak menyediakan selimut untuk para pelajarnya. Oleh itu, pastikan anda membawa selimut sendiri. Bawa selimut yang sesuai untuk digunakan oleh satu orang, tidak terlalu tebal ataupun tipis. 

6. Penyangkut Baju

Penyangkut baju adalah merupakan salah satu item penting yang anda perlu bawa. Anda boleh membawa penyangkut baju sesuai dengan kuantiti baju yang anda miliki ataupun lebih. 

Hal ini  kerana, dengan  adanya penyangkut baju,  ia memudahkan anda untuk menyusun almari baju dengan kemas. Selain itu, ia membolehkan anda untuk menjemur pakaian dengan mudah dan jimat ruang. 

7. Penyepit Baju

Penyepit baju sangat diperlukan terutamanya apabila bilik anda berada di tingkat atas dan perlu menjemur pakaian daripada tingkat atas. Ia dapat mengelakkan baju anda terjatuh ke bawah. 

8. Sabun Basuh Baju

Sabun basuh baju diperlukan untuk membasuh baju terutamanya apabila asrama tidak menyediakan dobi. Anda boleh memilih sabun baju yang serbuk ataupun cecair. 

9. Mug

Jangan lupa juga membawa mug untuk digunakan apabila anda ingin membuat minuman panas dan sebagainya ketika berada di asrama. Terdapat pelbagai pilihan mug yang menarik anda boleh dapatkan di Shopee.

13. Bekas Makanan

Tambahan lagi,  pastikan anda juga membawa bekas makanan untuk digunakan apabila anda teringin hendak makan Maggi,  ataupun makanan yang lain. 

14. Set Sudu Garfu

Untuk melengkapkan lagi set peralatan makanan anda, jangan lupa membawa sudu dan garfu. Anda boleh dapatkan set sudu dan garfu lengkap dengan chopstick dalam satu pakej di Shopee. I’m

Sumber: https://ecentral.my/barang-keperluan-asrama/