Contoh Penghargaan Latihan Industri

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Contoh penghargaan latihan industri yang boleh dijadikan rujukan.

Berkaitan: Format & Contoh Penulisan Laporan Aktiviti

Contoh Penghargaan Latihan Industri

Berikut adalah contoh penghargaan latihan industri yang dikongsikan oleh laman Laporan Akhir Latihan Industri: PENGHARGAAN (laporanakhirlatihanindustriamira.blogspot.com)

Contoh Penghargaan Latihan Industri

Bersyukur saya ke Hadrat Ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah di berikan kepada saya, akhirnya berjaya juga saya menamatkan sesi Latihan Industri yang saya jalankan selama hampir 5bulan bermula deri 30 Nov 2015 sehingga 14 April 2016 seperti yang di kehendaki oleh pihak Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Terlebih dahulu, saya (Nama dan No ID Pelajar) dari jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia kerana dengan murah hatinya mengizinkan saya mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk menjalani program Latihan Industri di organisasi tersebut. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia begitu banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi dalam tempoh 20 minggu berada di Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia.

Bahagian Teknologi Maklumat, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Jikalau di Politeknik Balik Pulau, saya lebih banyak terdedah kepada pengetahuan dalam bentuk teori dan amali hanya di dalam bilik kuliah sahaja tetapi di Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia, disamping menambah ilmu didalam bentuk teori, saya turut terdedah kepada bentuk praktikal di mana saya dapat mempraktikkan segala pengetahuan yang saya ada.Berbekalkan ilmu serba sedikit yang diperoleh sepanjang 3 semesta di Politeknik Balik Pulau saya mencuba untuk menggunakan ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah sebaik mungkin semasa keneradaan saya menjalani Latihan Industri di Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelian saya semasa menjalani Latihan Industri Prof.Dr. Kamalrulnizam Bin Abu Bakar kerana sudi menerima saya menjalani Latihan Industri di Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia. Beliau banyak memberikan nasihat, dorongan dan kata-kata peransang kepada saya. Tidak lupa juga kepada kakitangan sokongan dan kakitangan akademik Fakulti Komputeran Universiti Teknologi Malaysia yang sudi memberi tunjuk ajar, nasihat, bekerjasama dalam urusan kerja seharian dan kata-kata peransang yang tidak mungkin akan saya lupakan. Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, dan juga adik beradik tanpa sokongan mereka, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pinang di atas tunjuk ajar dan panduan yang diberikan oleh mereka dalam menyediakan Buku Laporan Industri ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Laporan Akhir Latihan Industri: PENGHARGAAN (laporanakhirlatihanindustriamira.blogspot.com)