Cara Translate BI to BM & Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara terjemah bahasa inggeris ke bahasas melayu atau cara translate BI to BM. Kamus bahasa melayu ke bahasa inggris juga ada disediakan dalam artikel ini.

Menarik: Contoh Ucapan Hari Raya Aidilfitri

Cara Terjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu

Berikut adalah panduan mengenai cara terjemah bahasa inggeris ke bahasa melayu oleh https://ecentral.my/bahasa-inggeris-ke-bahasa-melayu/

Cara Guna Google Translate

cara guna google translate

Untuk translate dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, anda boleh menggunakan fungsi Google Translate.

  1. Taip sahaja “Google Translate” di carian pelayar web anda ATAU atau terus ke pautan https://translate.google.com.my/
  2. Anda akan dibawa ke laman Google Translate seperti paparan di atas.
  3. Pilih “English” daripada pilihan bahasa yang ingin diterjemahkan
  4. Pilih “Malay” sekiranya anda ingin terjemahkan ke Bahasa Melayu
  5. Dalam ruangan kota (rujuk gambar di atas), tulis atau paste sahaja ayat atau perkataan bahasa Inggeris yang ingin diterjemahkan
  6. Terjemahan dalam bahasa Melayu akan dipaparkan (rujuk nombor 5 di atas)

Cara Guna Kamus

bahasa inggeris ke bahasa melayu

Walaupun telah wujud kemudahan seperti Google Translate, boleh dikatakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu yang diberikan tidaklah tepat, lebih-lebih lagi untuk kegunaan formal.

Untuk terjemahan yang lebih tepat, anda masih perlu menggunakan buku kamus yang sebenar.

Terdapat beberapa kamus yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku, antara yang dipercayai adalah daripada penerbit-penerbit berikut:

  1. Kamus Dwibahasa – Oxford Fajar
  2. Kamus Inggeris Melayu – Dewan Bahasa dan Pustaka

Tips Belajar Bahasa Inggeris

Banyakkan bertutur dalam bahasa Inggeris

Apabila anda serius mahu belajar da memantapkan lagi bahasa Inggeris anda, andda mesti kerap mempraktikkannya dengan banyakkan bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jangan risau akan tatabahasa (grammar) kerana kebanyakan penutur bahasa Inggeris sebenarnya tidak kisah sekiranya tatabahasa yang anda gunakan salah.

Lebih bagus, cari kawan yang suka bercakap dalam bahasa Inggeris dan mulakan bertutur dengannya dalam bahasa Inggeris.

Baca buku

Membaca buku merupakan antara kaedah paling efektif untuk melatih penguasaan bahasa Inggeris anda.

Daripada pembacaan, anda boleh belajar mengenai penggunaan kosa kata dan struktur ayat yang bagus.

Dengan kemudahan seperti Google Translate, anda boleh membaca dengan lebih pantas kerana boleh melakukan terjemahan di hujung jari sahaja.

Menonton rancangan berbahasa Inggeris

Percaya atau tidak, ramai kanak-kanak belajar bahasa Inggeris dengan menonton kartun atau animasi di kaca televisyen.

Belajar secara visual adalah salah satu kaedah yang efektif kerana anda boleh belajar cara pertuturan yang betul dan belajar memahami ayat bahasa Inggeris melalui pendengaran.

Sumber: https://ecentral.my/bahasa-inggeris-ke-bahasa-melayu/