Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara login JobsMalaysia Online Portal di laman jobsmalaysia.gov.my
Artikel berkaitan: BINGKAS Selangor 2022: Permohonan Bantuan RM300 Sebulan
JobsMalaysia
Berikut adalah panduan cara login JobsMalaysia yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Therohani.
Cara login JobsMalaysia
Untuk pengetahuan anda, portal JobsMalaysia telah dikemas kini kepada JobsMalaysia2.0. Jadi, bagi yang sudah pun mempunyai akaun JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja mahupun Majikan, mereka perlu mengemas kini akaun mereka untuk portal JobsMalaysia 2.0, memandangkan akaun mereka hanya sesuai untuk versi lama.
Walau bagaimanapun, mereka masih boleh login ke JobsMalaysia versi lama.
Cara login JobsMalaysia versi baru
Berikut ialah cara untuk login JobsMalaysia versi baru.
- Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
- Tekan butang Log Masuk untuk meneruskan sesi login
- Pada laman seterusnya, pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN, masukkan ID Pengguna anda.
- Kemudian, tekan butang SETERUSNYA.
- Pada laman seterusnya, masukkan pula password anda untuk bahagian kata laluan.
- Login anda berjaya. Anda akan tiba di akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.
Versi lama
Berikut pula ialah cara untuk login JobsMalaysia versi lama 1.0
- Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA.
- Pada Log Masuk Sebagai :, pilih Pencari Kerja.
- Kemudian, pada ruangan ID Pengguna Lama, masukkan ID akaun anda.
- Tekan butang Semak.
- ID anda akan disemak, dan anda akan dibawa ke proses untuk mengemas kini akaun anda supaya anda boleh login untuk portal JobsMalaysia yang baru.
Soalan lazim JobsMalaysia
Macam mana nak guna akaun lama yang dahulu?
Anda hanya perlu klik “Log Masuk” dan melengkapkan bahagian “PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA”. Seterusnya anda akan menerima emel pengaktifan di emel anda dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda yang baharu. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Kalau terlupa password, macam mana?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda sendiri. Sila login JobsMalaysia. Anda hanya perlu klik “Log Masuk” di Laman Utama dan klik “Log Masuk” di paparan seterusnya. Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan?” untuk menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Macam mana nak mohon pekerjaan selepas daftar JobsMalaysia?
Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang “Mohon” di bahagian bawah iklan jawatan tersebut. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Macam mana nak kemaskini kelulusan akademik dalam JobsMalaysia?
Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya di bahagian Dashboard anda, klik butang “Profil” dan kemas kini data yang berkaitan dan memastikan anda menekan butang “Simpan” untuk mengesahkan proses kemas kini berjaya dilakukan.
Kenapa saya tak layak memohon sesuatu pekerjaan, sedangkan kelulusan akademik saya layak?
Portal JobsMalaysia 2.0, iaitu versi baru ini menggunakan sistem padanan pintar secara automatik. Selepas login JobsMalaysia, anda boleh memohon mana-mana jawatan yang dikehendaki selagi anda memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Kenapa tak pernah dapat panggilan interview?
Kemungkinan profil anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan atau profil anda masih tidak lengkap diisi. Akan tetapi, anda boleh melakukan carian jawatan dan memohon terus melalui portal. Keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda dan jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun JobsMalaysia anda.
Hubungi JobsMalaysia (call centre hotline)
Jika anda mempunyai masalah untuk login JobsMalaysia, boleh hubungi pusat panggilan atau call centre seperti di bawah:
- 03-8320 2713
- 03-8320 2714
- 03-8320 2715