Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan cara semak status perkahwinan melalui IC dengan mudah & cepat
Lain: Cara Topup NJOI & Beli Online Di Maybank2u CIMB Clicks
Semakan Status Perkahwinan
Berikut adalah panduan cara semak status perkahwinan melalui IC yang dikongsikan oleh laman √ Semakan Status Perkahwinan Melalui IC Kad Pengenalan (carasemak.com)
Cara Semak Status Perkahwinan
Ramai korang yang tertanya-tanya macam mana nak semakan status perkahwinan online dah kawin ke belum atau boleh ke nak check melalui IC?
Sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Jadi jangan terkejut sekiranya selepas Anda dan pasangan mendirikan rumah tangga, barulah Anda tahu background sebenar pasangan.
Semakan status perkahwinan melalui IC boleh dilakukan secara online melalui laman www.esyariah.gov.my, langkah-langkah cek status perkahwinan pasangan.
- Layari laman www.esyariah.gov.my
- Pada ruangan semak status kes pilih Mal (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau Jenayah.
- Sila masukkan nombor kad pengenalan atau IC, klik butang Cari.
- Senarai maklumat mengenai pasangan Anda akan terpapar secara detail.
Ada cara lain ke untuk mengetahui status berkahwin suami atau isteri selain yang dinyatakan diatas? Ada.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan permohonan carian atau cabutan daftar perkahwinan di JPN.
Permohonan ini adalah bertujuan untuk Carian atau Cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan di bawah Akta 164 dan Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.
Syarat Semakan Status Perkahwinan di JPN
- Semakan rekod perkahwinan melalui Sistem Pengkomputeran JPN perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan permohonan yang dibuat oleh pemohon cabutan atau carian.
- Jika rekod perkahwinan tidak wujud dalam data JPN, pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan carian data perkahwinan terlebih dahulu. Proses permohonan mengambil masa 14 hari bekerja dengan bayaran RM5.00 bagi setiap tahun carian.
- Pemohon yang layak memohon adalah Seorang Daripada Pasangan, Anak Pasangan, Ibu/Bapa kepada Pasangan, Saudara Kandung (Adik Beradik) dan Peguam.
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang Pemeriksaan dan Carian Daftar Perkahwinan (JPN.KC09).
- Kaunter: Mykad ASAL bagi warganegara atau salinan MyKad jika melalui pos.
- Pos: Pasport ASAL dan salinan di mukasurat maklumat diri (jika bukan warganegara).
- Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL).
- Permohonan yang dibuat melalui pejabat peguam :-
a. Borang JPN.KC09.
b. Surat lampiran dari pejabat peguam (ASAL).
c. Surat lantikan kuasa dari anak guam (ASAL).
d. Salinan kad pengenalan peguam dan anakguam.
e. Salinan daftar perkahwinan (sekiranya ada).
f. Salinan sijil lahir anak (sekiranya berkaitan).
g. Salinan dokumen perceraian (Sijil Dekri Nisi Mutlak dari Mahkamah / JPN.KC32).
h. Surat permohonan daripada pemohon jika permohonan dibuat melalui pos (ASAL).
i. Surat wakil kuasa kepada wakil firma guaman daripada firma guaman.
Kos atau Bayaran
- RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.
- RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.
- RM4.00 bagi bayaran cabutan Daftar Perkahwinan di Bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.
Itulah beberapa perkara penting untuk Anda kenali dan lakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Anda perlu ingat, perkahwinan adalah komitmen seumur hidup yang mesti Anda pertanggung jawabkan.
Sumber: √ Semakan Status Perkahwinan Melalui IC Kad Pengenalan (carasemak.com)