Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info cara terminate akaun netflix dengan mudah serta cara pengaktifan semula selepasa pembatalan akaun.
Lain: Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Online
Terminate Akaun Netflix
Berikut adalah cara terminate akaun netflix mudah yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/terminate-akaun-netflix/
Cara Terminate Akaun Netflix
Sebab anda mahu terminate akaun
Sesetengah individu mempunyai sebab yang tersendiri mengapa mereka mahu terminate akaun Netflix mereka.
Netflix bukanlah satu-satunya servis perkhidmatan penstriman yang menawarkan perkhidmatan sebegini sebaliknya banyak lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti Hulu, Apple TV+, Amazon Prime Video, HBO Max, Disney+, Mubi, Paramount, Discovery+ dan lain-lain lagi.
Akibat kekangan lesen tayangan filem, tidak semua filem di dunia ini dimuatkan dalam Neflix.
Anda mungkin berminat untuk terminate akaun Netflix anda sekiranya filem-filem yang anda gemari tidak ditawarkan di Netflix sebaliknya ditawarkan di perkhidmatan penstriman yang lain.
Misalnya filem-filem terbitan Marvel.
Netflix kehilangan hak menayangkan filem dari Marvel di hampir kebanyakan negara setelah Disney Plus dilancarkan.
Sebab kedua anda mungkin mahu terminate akaun Netflix anda kerana anda tidak tidak lagi memanfaatkannya dengan sebaiknya – contohnya anda hanya menonton 1 – 2 buah filem sahaja setiap bulan kerana kekangan masa.
Cara terminate akaun Netflix
Log keluar daripada akaun Netflix anda tidak menghentikan langganan bulanan anda dan anda akan tetap dicaj setiap bulan.
Oleh itu, pastikan anda mengikuti prosedur yang betul untuk terminat akaun Netflix anda.
Untuk membatalkan akaun Netflix anda, ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk ke akaun Netflix anda
- Pergi ke netflix.com/cancelplan.
- Pilih Lengkapkan Pembatalan. Akaun anda akan ditutup pada penghujung kitaran pengebilan semasa anda dan anda tidak akan dikenakan caj lagi.
Sekiranya anda berkongsi kata laluan dengan pengguna lain, pastikan anda menukarkan kata laluan anda bagi mengelakkan pengguna lain dengan sewenang-wenangnya mengaktifkan kembali akaun anda seterusnya menyebabkan anda terpaksa membayar caj langganan.
Tukar kata laluan anda untuk mencegah orang lain daripada memulakan semula akaun anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pergi ke netflix.com/password dan tukar kata laluan anda.
- Pastikan anda menandakan kotak yang menyatakan Daftar keluar daripada semua peranti.
Tetapan ini akan menukar kata laluan semasa anda dan mendaftar keluar daripada mana-mana peranti yang akaun anda mungkin masih didaftar masuk.
Jika anda membuat pembatalan sementara masih terdapat baki masa dalam tempoh pengebilan anda, anda boleh menggunakan Netflix sehingga penghujung tempoh pengebilan.
Pengaktifan semula selepas pembatalan akaun
Sekiranya selepas anda terminate akaun Netflix anda ingin mengaktifkan semula pada masa hadapan, anda tetap boleh melakukannya pada bila-bila masa.
Pihak Netflix menyimpan tetapan dan rekod tontonan anda selama 10 bulan selepas akaun anda ditutup, jadi sekiranya anda ingin mengaktifkan semula akaun dalam tempoh 10 bulan, kesemua maklumat dan rekod tontonan anda seperti berikut akan turut tersedia:
- Cadangan anda
- Rating
- Butiran akaun
- Sejarah main
- Simpanan permainan
Sumber: https://ecentral.my/terminate-akaun-netflix/