Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Maybank2u

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara tukar transfer limit Maybank online melalui Maybank2u

Lain: Format Surat Rasmi & Contoh Surat Rasmi Template

Cara Tukar Transfer Limit Maybank

Berikut adalah info cara tukar transfer limit maybank yang dikongsikan oleh Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u (ecentral.my)

Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online

Had limit Maybank2u

limit maybank2u

Secara umumnya berikut adalah had limit transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u namun amaun ini boleh diubah:

  1. Pindahan wang ke akaun pihak ketiga – RM3,000
  2. Pindahan wang antara Bank GIRO – RM3,000
  3. Pindahan wang antara bank Segera – RM3,000
  4. Pindahan Telegrafik Asing – RM10,000
  5. Pindahan DuitNow – RM3,000

Namun, sekiranya amaun transaksi anda melebihi amaun di atas, anda perlulah membuat penukaran limit terlebih dahulu.

Cara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui Laman Maybank2U

Anda boleh membuat penukaran limit Maybank2u ini terus melalui laman web Maybank2u yang boleh dilayari melalui kompter atau peranti anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Maybank2u di Maybank2u.com.my
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pada bahagian menu atas laman tersebut, klik pada Settings
  4. Klik Pay & Transfer
  5. Klik Transfer Limit
  6. Klik pada ikon pensel untuk menukar limit transaksi.
  7. Klik butang Save Changes
  8. Tunggu sehingga dapat nombor TAC melalui SMS
  9. Masukkan nombor TAC
  10. Klik butang Confirm.

Anda boleh memilih untuk membuat penukaran limit untuk kesemua kategor transaksi atau kategori tertentu sahaja seperti yang diingini.

Sila rujuk video di bawah untuk memudahkan anda lebih faham.

cara tukar transfer limit maybank

Cara Tukar Transfer Limit Maybank Melalui aplikasi Maybank2U

Ketika artikel ini ditulis, pihak eCentral cuba membuat penukaran limit melalui aplikasi Maybank2u tetapi malangnya buat masa ini fungsi penukaran limit ini tidak terdapat pada aplikasi Maybank2u.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk membuat penukaran limit adalah melalu laman web rasmi Maybank2u sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Maybank2u melalui pautan berikut https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/faq/online_banking/online_settings_faq.page

Sumber: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u (ecentral.my)