LIMA 2023 Pameran Aeroangkasa Maritim : Tarikh & Peserta

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai LIMA 2023 seperti tarikh pameran aeroangkasa maritim & senarai peserta terlibat.

Lain: Cara Lajukan Internet Slow Telefon UMobile Celcom Digi Maxis

LIMA 2023

Berikut adalah maklumat mengenai lima 2023 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/lima-2023/

LIMA 2023

Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) kembali semula pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama 4 tahun.

Acara LIMA 2023 (Langkawi International Maritime and Aerospace) atau Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 merupakan pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik.

Majlis Pelancaran LIMA 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib pada bulan Januari yang lalu.

Pada penganjuran LIMA pada 2019 yang lalu, 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim telah dipamerkan.

23 hingga 27 Mei 2023

Tema LIMA 2023

Untuk edisi kali ini, LIMA membawakan tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

lima 2023

Penyertaan

LIMA’23 dijangka akan disertai lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.

Senarai penuh organisasi atau syarikat yang akan menyertai pameran pada kali ini belum diumumkan oleh pihak penganjur tetapi berikut merupakan antara nama-nama besar yang akan mengambil bahagian:

  1. BHIC
  2. Deftech
  3. Gading Group
  4. Global Turbine Asia
  5. NADI
  6. Radimax
  7. Sapura
  8. Airbus (UK)
  9. MBDA (Perancis)
  10. Kongsberg (Norway)
  11. Pasukan Tentera Laut (Perancis)
  12. Korea Aerospace Industries (KAI)
  13. Pasukan Pertahanan Australia
  14. Aselsan
  15. Roketsan
  16. Havelsan (Turki).

Dari segi jemputan pula, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 akan menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) di https://www.limamalaysia.com.my/

Selain itu, boleh ikuti laman Facebook Rasmi LIMA 2023 di https://www.facebook.com/2023LIMA

Sumber: https://ecentral.my/lima-2023/