Cara Dapatkan Bank Statement Maybank (Penyata Bank)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara dapatkan bank statement maybank & penyata maybank (penyata kewangan)

Lain: Format Surat Rasmi & Contoh Surat Rasmi Template

Penyata Maybank

Berikut adalah panduan mengenai penyata maybank yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/penyata-maybank/

Bank Statement Maybank

Apa itu penyata kewangan atau account statement?

penyata maybank

Penyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan urusan kewangan akaun anda, antaranya jumlah atau amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya.

Penyata akaun biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian rumah dan kereta kerana pihak bank yang memberikan pinjaman mahu memastikan beberapa perkara berikut:

  1. Pengurusan kewangan anda
  2. Aliran keluar masuk duit anda
  3. Duit tunai yang anda miliki dalam akaun

Penyata kewangan ini seterusnya akan memudahkan pihak bank yang memberikan pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta, contohnya, sama anda anda layak untuk membuat pinjaman tersebut ataupun tidak.

Dapatkan penyata Maybank secara online

Cara termudah untuk mendapatkan account statement adalah secara online sahaja melalui portal Maybank2u anda.

Baca tutorial langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pada bahagian menu, pilih e-Bills & Statements
  3. Klik pada tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account dll.
  4. Pilih View Statements
  5. Penyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut
  6. Klik pada butang “Dowload” atau “Muat turun” untuk memuat turun penyata Maybank tersebut
  7. Sekiranya penyata kewangan ini perlu dihantar secara fizikal, maka print sahaja penyata kewangan ini.
  8. Selesai

Dapatkan penyata Maybank dari kaunter

Sekiranya anda mempunyai masalah mendapatkan account statement daripada laman Maybank2u, anda boleh mendapatkannya melalui cara konvensional iaitu dengan pergi sahaja ke kaunter di cawangan Maybank terdekat anda.

  1. Ambil nombor giliran
  2. Hadir ke kaunter apabila nombor giliran anda dipanggil
  3. Pastikan anda membawa bersama kad ATM atau debit Maybank anda kad pengenalan untuk pengesahan

Sumber: https://ecentral.my/penyata-maybank/