Cara Check Baki Celcom Prepaid (Mudah & Cepat)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara check baki celcom prepaid atau how to check celcom balance

Lain: Cara Topup NJOI & Beli Online Di Maybank2u CIMB Clicks

Cara Check Baki Celcom Prepaid

Berikut adalah cara check baki celcom prepaid yang dikongsikan oleh artikel di laman https://ecentral.my/baki-celcom-prepaid/

Baki Celcom Prepaid

Sekiranya anda adalah pengguna pelan Celcom prepaid, cara menyemak baki Celcom prepaid sangatlah mudah.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang kecil, tidak menggunakan data/panggilan yang banyak dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan dan tidak mahu komitmen bayaran bulanan, maka memilih prepaid berbanding pelan postpaid atau pascabayar merupakan pilihan yang lebih.

baki celcom

Terdapat beberapa cara mudah untuk cek baki Celcom prepaid dan anda boleh menggunakan salah satu cara berikut mengikut kesesuaian:

  1. Aplikasi Celcom Life
  2. Portal Celcom
  3. Khidmat Dial Up

Pihak Celcom telah memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Celcom tidak kira pengguna pelan Postpaid mahupun Prepaid.

Anda boleh memuat turun aplikasi Celcom Life daripada salah satu pautan yang berikut:

Setelah muat turun, log masuk ke akaun anda dalam baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Bagi pengguna pelan Prepaid, aplikasi Celcom Life ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti yang berikut:

  1. Semakan baki kredit
  2. Penggunaan data
  3. Reload kredit
  4. Reload data internet
  5. … dan lain-lain fungsi lagi.

Semakan melalui portal Celcom

Anda juga boleh membuat semakan baki kredit Celcom melalui portal Customer Service Celcom sendiri dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal Celcom Life Hub di pautan https://www.celcom.com.my/life-hub/loginNRIC
  2. Bagi penggunaan kali pertama, anda perlulah mendaftarkan akaun
  3. Proses pendaftaran atau Log masuk mengguna boleh dilakukan dengan menggunakan ID/Passport atau nombor telefon
  4. Setelah log masuk, anda boleh menyemak baki prepaid anda terus dari paparan Dashboard akaun anda

Ini merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *124#

Walau bagaimanapun, panggilan ini hanya berfungsi sekiranya anda membuat panggilan terus daripada nombor Celcom.

Sumber: https://ecentral.my/baki-celcom-prepaid/