Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara daftar CIDB, renew CIDB online, semakan kursus CIDB & CCD Point
Lain: Cara Daftar Grab Driver Online & Kerja Jadi Pemandu
Cara Daftar CIDB
Berikut adalah info mengenai cara daftar CIDB online yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/cara-daftar-cidb/
Sekiranya anda bekerja dalam bidang pembinaan, anda wajib mendaftarkan diri dengan pihak CIDB sebelum dibenarkan bekerja.
Pekerjaan ini termasuklah sebagai buruh binaan, pekerja am, pegawai keselaman, pengurus projek, pegawai keselamatan dan sesiapa sahaja yang diperlukan untuk masuk ke tapak pembinaan.
Untuk itu, setiap pekerja yang terlibat perlu mendaftarkan diri bagi mendapatkan Kad Hijau (Green Card CIDB) sebelum mereka dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia untuk bekerja di tapak binaan.
Kewajipan mendaftar
Menurut Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen 33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) setiap personel binaan diwajibkan untuk mendaftar di bawah Lembaga yang sah.
Denda sebanyak RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad yang sah
Apabila mendaftar, anda perlu menjalani latihan sebelum layak mendapat Kad Hijau ini.
Dengan Kad Hijau ini, apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Cara pendaftaran akaun
Pertama sekali anda perlu mendaftarkan akaun di laman CIDB terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan permohonan untuk mendaftarkan Kad Hijau.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun:
- Layari laman CIMS CIDB di alamat https://cims.cidb.gov.my/
- Pada bahagian kanan skrin, lihat pada bahagian “Daftar Baru”.
- Klik pada tulisan “Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru dan lain-lain”
- Terdapat 2 pilihan pendaftaran – Organisasi atau Individu
- Sekiranya anda mendftarkan untuk diri anda, klik pada Individu, kemudian Personel Binaan
- Lengkapkan pendaftaran dengan memasukkan segala maklumat yang dikehendaki dengan betul
- Setelah selesai pendaftara, anda akan dipeberikan link melalui emel
- Klik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun anda
Daftar Kad Hijau CIDB
Setelah selesai pendaftaran akaun, ikuti langkah-langkah berikut:
- Login masuk menggunakan maklumat pendaftaran (kata nama dan kata laluan) yang anda gunakan
- Pilih dari senarai latihan yang anda ingin ikuti berdasarkan tarikh
- Lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kursus dijalankan.
Setelah melengkapkan latihan, anda boleh hadir ke kaunter CIDB Negeri yang terdekat dengan tempat tinggal anda dan membawa bersama resit pembayaran.
Pihak CIDB menyediakan pelbagai kursus dan program tambahan sepanjang tahun yang boleh disertai mereka yang berminat.
Untuk menyemak senarai kursus yang disediakan dari semasa ke semasa, layari pautan https://cims.cidb.gov.my/cms/BPK_SCR01_G
Pada halaman tersebut, anda juga boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria antaranya negeri (lokasi), tahun, tarikh program, jumlah mata CCD yang ditawarkan, penganjur dan jenis program.
Apa itu mata CCD / CCD Points?
CCD atau Contractor Continuous Development ialah program yang direka untuk memastikan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB sentiasa bermaklumat dan berpengetahuan.
Mata CCD diperolehi untuk kontraktor untuk memperbaharui pendaftaran kontraktor.
Kontraktor mesti mempunyai markah mengikut gred yang mengikut keperluan CCD.
Terdapat beberapa cara untuk mengumpul mata CCD CIDB, iaitu:
- Menghadiri program yang melibatkan peningkatan ilmu, forum, seminar dan kursus
- Penglibatan dalam persatuan yang berkaitan
- Sumbangan dalam program ilmu sebagai penceramah, ahli panel , dan yang berkaitan
- Sumbangan sosial dan sivik
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang CIDB, sila layari laman web: https://www.cidb.gov.my/
ATAU hubungi :
CIDB Careline : 03-5567 3300
Sumber: https://ecentral.my/cara-daftar-cidb/