Koleksi Teka Teki Lawak Terkini & Jawapan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai koleksi teka-teki lawak terkini & jawapan teka teki yang pasti buatkan anda terhibur.

Berkaitan: Contoh Perjanjian Sewa Rumah Ringkas (Word & PDF Disediakan)

Teka Teki Lawak

Berikut adalah info mengenai teka-teki lawak & jawapan teka teki serta contoh teka teki yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/teka-teki-lawak/

Teka-Teki Lawak

Jenis Teka-teki

Teka-teki terdiri daripada dua jenis:

  1. Enigma – merupakan masalah yang umumnya dinyatakan dalam bahasa kiasan atau metafora yang memerlukan kepintaran dan pemikiran yang teliti untuk penyelesaiannya,
  2. Conundrum – merupakan pertanyaan yang bergantung kepada kesannya terhadap hukuman dalam soalan atau jawapannya.

Contoh Teka-teki Lawak & Jawapannya

Mari lihat beberapa contoh teka-teki popular di bawah yang anda boleh main dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan sesiapa sahaja.

Disertakan juga jawapan bagi setiap satunya.

Soalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang. Dia lalu ikut landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip

Soalan 2 : Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan 3 : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
Jawapan: Beruang (ber-wang).

Soalan 4 : Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
Jawapan: Anak kucing.

Soalan 5 : Mee apa paling berat dalam dunia?
Jawapan: Mee wantan (One tan).

Soalan 6 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.

Soalan7 : Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
Jawapan: Anak kuman.

Soalan 8 : Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.
Jawapan: Seluar dalam.

Soalan 9 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?
Jawapan: SALAH.

Soalan 11: Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau?
Jawapan: Ketika makan tembikai.

Soalan 12 : Bom apakah yang tidak boleh meletup?
Jawapan: Bomba.

Soalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.

Soalan 14 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
Jawapan: Kuih-Teow.

Soalan 15 : Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia?
Jawapan: Taugeh.

Soalan 16 : Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?
Jawapan: Bunga tayar.

Soalan 17 : Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan 18 : Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?
Jawapan: Tumpah la.

Soalan 19 : Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?
Jawapan: Lampu Isyarat.

Soalan 20 : Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah itu?
Jawapan: Habuk kayu.

Soalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka?
Jawapan: Kotak penalti.

Soalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun tahu cara menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur

Soalan 23: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

Soalan 24: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan ais?
Jawapan: Milo ais.

Soalan 25 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 26: Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.

Soalan 27: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke berapa?
Jawapan: Nombor 2.

Soalan 28: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu?
Jawapan: Bil api

Soalan 29: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis

Soalan 30: Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia berhenti, kita akan mati.
Jawapan: Jantung

BONUS: 10 SOALAN TAMBAHAN

teka teki pantun
Jawapan : Paku, Gergaji

Soalan: Tempat ini memberi makanan, minimum dan tempat tidur secara percuma. Tetapi tiada sesiapa pun yang suka tinggal di sini. Manakah tempat ini?
Jawapan: Penjara

teka teki lawak
Jawapan : 201
teka-teki lawak
Jawapan : Mata Kail

Sumber: https://ecentral.my/teka-teki-lawak/