Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan mengenai surat rasmi seperti format surat rasmi dan contoh surat rasmi serta template surat rasmi.
Artikel lain: Cara Buat Link Whatsapp (Untuk Instagram & Facebook)
Surat Rasmi
Berikut adalah info mengenai surat rasmi yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/surat-rasmi/
Format Surat Rasmi
Sebelum kita lihat contoh surat rasmi, mari kita lihat perkara-perkara atau isi-isi penting yang perlu dimasukkan dalam sesebuah surat.
Antara isi-isi penting yang perlu ada adalah:
- Alamat pengirim – Hendaklah ditulis nama penuh
- Nama penerima – Nyatakan nama penuh penerima, jawatan
- Alamat penerima – Nyatakan alamat penuh penerima. Sekiranya penerima mewakili sesuatu organisasi/jabatan/agensi, nyatakan sebelum alamat
- Tarikh surat dihantar – Diletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima)
- Perkara (Subjek utama atau tujuan surat tersebut dihantar)
- Isi surat – Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertama
- Tanda tangan dan nama penghantar
Berikut merupaka contoh surat yang boleh digunakan bagi tujuan permohonan menyewa dewan orang ramai
Saiful Bin Norman,
No 34A, Jalan Cenderawasih,
Taman Mewah,
40123 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan 26 November 2021
_______________________________________________________________
Zamani Ahmad bin Mansor
Yang DiPertua Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),
Wisma MBSA Persiaran Perbandaran,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tuan,
PERMOHONAN SEWAAN DEWAN MBSA SEKSYEN 9, SHAH ALAM
Semoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya iful Bin Norman ingin membuat permohonan bagi sewaan Dewan MBSA Seksyen 9, Shah Alam. Tujuan sewaan ini dijalankan adalah untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan saya yang dijangka akan dilangsungkan pada 1 April 2021 iaitu pada hari Sabtu
3. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan sewaan ini bagi tujuan tersebut. Kerjasama pihak Tuan dalam mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini amat saya alu-alukan dan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………….
SAIFUL BIN NORMAN
Muat turun template
Sekiranya anda berminat, boleh muat turun template surat rasmi dengan mengklik gambar di bawah dan “save image as” untuk menggunakannya sebagai rujukan.
Sumber: https://ecentral.my/surat-rasmi/