Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai solat jamak dan qasar serta panduan solat jamak qasar dari JAKIM. Syarat solat jamak dan niat juga disediakan.
Lain: Cara Jawab Azan Untuk Semua Waktu Solat & Waktu Subuh
Solat Jamak Dan Qasar
Berikut adalah panduan mengenai solat jamak dan qasar yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/solat-jamak-dan-qasar/
Maksud Solat Jamak Dan Qasar
Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-Nya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah.
SYARAT-SYARAT PERJALANAN YANG DIHARUSKAN SOLAT JAMA’ & QASAR
- Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih.
- Perjalanan yang tentu tujuannya (bukan merayau).
- Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
- Tidak diambil kira perjalanan untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
Solat Qasar (Memendekkan)
Solat qasar bermaksud memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan (qasar) adalah solat Zohor, Asar dan Isyak.
Syarat Solat Qasar
- Solat fardhu yang diqqasarkan berkenaan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan melakukannya semasa bermusafir itu
- Perjalanannya telah melepasi sempadan qaryah
- Tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tak termasuk hari datang & pulang).
- Tidak mengikuti imam solat yang bermukim.
Baca juga: JAKIM: Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Berjemaah & Bersendirian
Solat Jamak (Menghimpunkan)
Solat jamak bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu.
Contohnya:
- Mengumpulkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya
- Mengumpulkan solat Maghrib dengan Isyak dan sebaliknya
Solat Jamak terbahagi kepada 2:
i) JAMAK TAKDIM
- Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu)
- Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri salam)
- Berturut-turut antara solat pertama & kedua
- Masih musafir hingga takbir solat kedua
iI) JAMAK TA’KHIR
- Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama.
- Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat
- Tertib di antara kedua-dua solat TIDAK DISYARATKAN malah boleh dimulakan dengan amna-mana antara 2 solat tersebut
Lafaz Niat
i) Niat Jamak Taqdim dan Qasar
ZOHOR – ASAR
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”
MAGHRIB – ISYAK
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
ii) Niat Jamak Takhir dan Qasar
ASAR – ZOHOR
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
ISYAK – MAGHRIB
“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.”
Sumber infografik: JAKIM
Sumber: https://ecentral.my/solat-jamak-dan-qasar/