Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai senarai hitam ptptn & senarai blacklist imigresen ke luar negara serta sebab dihalang ke luar negara
Menarik: Format Surat Rasmi & Contoh Surat Rasmi Template
Senarai Hitam PTPTN
Berikut adalah maklumat mengenai senarai hitam ptptn & senarai blacklist imegresen yang dikongsikan oleh https://ecentral.my/senarai-hitam-ptptn-2/
Senarai Blacklist Imigresen
Sebab dihalang ke luar negara
Mengikut undang-undang Malaysia, rakyat Malaysia boleh di halang daripada meneruskan perjalan ke luar negara atas beberapa sebab.
Antara sebab seseorang individu itu boleh disenarai hitamkam daripada ke luar negara:
- Gagal membayar cukai pendapatan
- Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
- Gagal membayar levi pekerja asing
- Terlibat dalam kes jenayah
- Bankrap
- Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara
Oleh itu, sebelum membeli tiket penerbangan ke luar negara, pastikan nama anda bersih daripada disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen daripada ke luar negara.
Semakan di portal PTPTN
Semakan senarai hitam PTPTN boleh dibuat terus melalui portal PTPTN di http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm
Anda hanya perlu memasukkan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor telefon.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak pernah culas membayar kembali pinjaman tetapi nama anda disenaraihitamkan, sila hubungi pihak PTPTN dengan kadar segera kerana besar kemungkinan terdapat kesalahan pada sistem.
Anda boleh menghubungi talian Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.
Semakan di laman web Imegresen
Anda juga boleh menyemak nama anda terus melalui laman web rasmi Imegresen di http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx
Walau bagaimanapun, anda boleh disenarai hitamkan oleh pihak Imegresen atas pelbagai sebab seperti disenaraikan di atas) dan bukan disebabkan kegagalan membayar pinnjaman PTPTN semata-mata.
Semakan di kaunter PTPTN / JIM
Selain semakan secara online, anda juga boleh membuat semakan senarai hitam terus di cawangan PTPTN / JIM yang berdekatan.
Hadirkan diri ke kaunter untuk bertanyakan kepada pegawai bertugas.
Sekiranya dalam hal-hal kecemasan dimana peminjam yang disenarai hitamkan perlu ke luar negara, maka anda perlulah berunding secara terus dengan pihak PTPTN untuk menstrukturkan kembali pembayaran kembali pinjaman pelajaran anda.
Sumber: https://ecentral.my/senarai-hitam-ptptn-2/