Cara Check CTOS & Buat Semakan Laporan CTOS

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai cara semak CTOS & cara check CTOS menerusi laporan MyCTOS dan skor CTOS.

Lain: SSPI 2023 Semak Status Perjalanan Imigresen Ke Luar Negara

Check CTOS

Berikut adalah maklumat mengenai cara check CTOS yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/semakan-ctos-online/

Semakan CTOS Online

Apakah CTOS?

CTOS adalah ringkasan kepada Credit Tip Off Service, di mana ia merupakan Agensi Pelaporan Kredit, lebih kurang macam CCRIS.

Semakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Kenapa Perlu Buat Semakan CTOS?

Jika laporan MyCTOS kita baik, kemungkinan untuk pinjaman bank diluluskan adalah tinggi.

Dan begitulah juga sebaliknya.

Jadi, semakan MyCTOS akan membolehkan kita mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit kita serta bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan penolakan.

Apa Beza CTOS Dengan CCRIS?

Dua sistem ini adalah berbeza walaupun ia mempunyai fungsi yang hampir sama.

CCRIS adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) manakala CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM.

Walaupun laporan kredit yang kurang baik boleh menyebabkan seseorang tidak lulus pinjaman bank, tapi kedua-dua badan ini tidak mengeluarkan senarai blacklist yang menghalang mana-mana individu dari membuat pinjaman.

ctos

Cara Buat Semakan MyCTOS Online Secara Percuma

Laporan MyCTOS adalah laporan kredit peribadi anda oleh CTOS.

Bagi Laporan Kredit Asas (Tanpa CCRIS dan Skor) kini boleh didapati secara PERCUMA saja secara online.

Untuk memulakan semakan, sila ikuti langkah berikut:

1. Daftar Akaun

Untuk mendapatkan laporan secara online, kita perlu mendaftar sebuah akaun di laman web CTOS.

Layari laman web rasmi CTOS di https://ctoscredit.com.my/ dan tekan ‘Daftar Sekarang’.

Sila isikan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).

2. Isi Maklumat Peribadi

Kemudian, isikan maklumat peribadi dan lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda.

Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.

3. Pengesahan

Selepas selesai mengisikan maklumat, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.

Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.

Setelah menerima kod TAC di telefon bimbit, masukkannya di ruang yang disediakan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

4. Aktifkan ID

CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran pendaftar dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS.

Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.

Untuk menyelesaikan proses pendaftaran, log masuk dengan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.

5. Akses Laporan Kredit

Sekarang kita sudahpun mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS.

Laporan MyCTOS pertama ini diemelkan kepada kita secara percuma, dan kita juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan tadi.

Maklumat Yang Dipaparkan Dalam Laporan MyCTOS

Laporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:

  • Pengesahan identiti
  • Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
  • Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
  • Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
    • Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
    • Rekod cek tidak sah
    • Komen anda

Bank akan melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

Tips Dapatkan Skor CTOS Yang Baik

Jika skor CTOS anda kurang baik, anda boleh memperbaikinya dengan melakukan langkah berikut:

  1. Bayar bil-bil anda tepat pada masanya. Langsaikan bayaran tertunggak.
  2. Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang.
  3. Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
  4. Semak laporan MyCTOS secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut tentang CTOS boleh didapati melalui laman web rasmi CTOS atau melalui saluran berikut:

CTOS Data Systems Sdn Bhd

Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite,
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200, Kuala Lumpur

Facebook: CTOS

Sumber: https://ecentral.my/semakan-ctos-online/