Punca Aircond Kereta Tak Sejuk

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai punca aircond kereta tak sejuk.

Artikel lain: Cara Check Saman JPJ Polis PDRM Diskaun Saman Trafik 2022

Punca Aircond Kereta Tak Sejuk

Berikut adalah info mengenai punca aircond kereta tak sejuk yang dikongsikan oleh artikel asal di laman The Rohani.

Punca aircond kereta tak sejuk

Aircond tak sejuk sebab compressor tidak berfungsi

Compressor adalah komponen yang sangat penting dalam sistem aircond kereta. Kegagalannya untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan aircond kereta kurang sejuk ataupun tidak sejuk secara keseluruhan.

Kosnya agak tinggi jika anda terpaksa menukar compressor yang baru dan original.

Aircond tak sejuk sebab condenser fan rosak

Condenser fan berfungsi membantu menurunkan suhu dan tekanan sistem aircond, supaya gas dapat bertukar menjadi cecair pada condenser.

Salah satu simptom yang anda mungkin alami sekiranya condenser fan rosak; apabila kereta berjalan aircond menjadi sejuk, apabila kereta berhenti aircond menjadi panas.

Anda boleh lakukan visual checking dahulu. Buka bonet hadapan dan perhatikan condenser fan berpusing atau tidak.

Sekiranya tidak, besar kemungkinan fius telah putus, atau relay telah rosak atau motor fan telah rosak.

Punca aircond tak sejuk, Filter Dryer kotor & tersumbat

Tekanan sistem aircond boleh menjadi sangat tinggi sekiranya masalah filter dryer tersumbat.

Disebabkan anda tidak membuat servis menukar filter dryer baru secara berkala, maka sistem aircond kereta anda sangat berisiko untuk tersumbat.

Apabila tekanan terlalu tinggi melebihi spesifikasi, aircond kereta secara tidak langsung, tidak akan sejuk.

Expansion Valve rosak

Masalah yang kerap terjadi pada valve adalah stuck open ataupun stuck closed.

Masalah ini boleh berlaku apabila terdapat bendasing atau kotoran yang telah masuk ke dalam valve dan menyebabkan ia rosak.

Aircond tidak akan menjadi sejuk dan masalah yang lebih besar, akan memberi kerosakan teruk kepada seluruh sistem aircond kereta anda.

Cooling Coil terlalu kotor

Sekiranya masalah ini terjadi, anda mungkin akan perasan habawa aircond anda berbunyi sangat kuat, tetapi kuantiti aircond yang keluar amat sedikit, ataupun dalam bahasa mudah, aircond slow.

Anda mampu mengurangkan masalah ini jika anda servis cabin filter dan servis blower fan yang berada pada belakang glove box di sebelah tempat duduk penumpang hadapan.

Pastikan cabin filter dan blower fan itu sentiasa bersih.

Gas aircond bocor

Kebiasaannya masalah aircond tidak sejuk secara tiba-tiba juga melibatkan gas aircond itu sendiri. Sekiranya gas dalam sistem aircond kurang atau langsung tiada, maka compressor tidak akan berfungsi.

Anda hanya perlu sediakan kunci dan sehelai kain atau tisu. Gunakan kunci untuk cucuk valve nipple yang boleh ditemui pada paip aircond. Gunakan kain atau tisu itu untuk menutup sedikit kunci dan bahagian tangan anda semasa ingin memeriksa gas aircond ini.

Anda akan dapat merasa gas aircond keluar dengan kuat sekiranya gas aircond masih ada. Sekiranya tiada gas yang keluar, maka ada masalah kebocoran gas dalam sistem aircond kereta anda. Anda boleh gunakan UV Gas Leak Detector untuk membantu mengesan kebocoran tersebut.