Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai contoh penulisan laporan aktiviti & format penulisan laporan aktiviti. Jenis laporan juga disediakan.
Lain: Format Surat Rasmi & Contoh Surat Rasmi Template
Penulisan Laporan
Berikut adalah info mengenai penulisan laporan yang dikongsikan oleh laman rasmi di Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya (fuh.my)
Contoh Penulisan Laporan
Ikuti artikel berikut untuk mengetahui contoh penulisan laporan.
Jenis Laporan
Terdapat dua jenis penulisan laporan yang biasa ditulis bagi pelaporan sesuatu aktiviti atau peristiwa iaitu:
- Laporan format tertentu
- Laporan format karangan
Laporan berformat tertentu merujuk kepada setiap organisasi telah mempunyai format laporan tersendiri dan perlu diisi di dalam borang.
Laporan jenis ini adalah lebih ringkas dan tidak terlalu panjang.
Laporan format karangan pula adalah laporan yang kebiasaanya ditulis oleh setiausaha program
Format laporan jenis ini adalah lebih panjang dan menggambarkan keseluruhan aktiviti yang dijalankan.
Bagi murid-murid yang menghadapi peperiksaan PT3 atau SPM, format laporan ini adalah yang digunakan bagi menjawab soalan mengenai laporan.
Format Laporan
Bagi laporan format karangan, format laporan biasanya merangkumi perkara seperti berikut:
1. Tajuk Laporan
Tajuk laporan perlu ditulis dengan menyertakan nama aktiviti dan tempat aktviti terbabit.
Huruf pertama pada setiap awal perkataan perlu ditulis dengan huruf besar.
Tajuk laporan hendaklah ditulis ditengah-tengah kertas tersebut dan juga dihitamkan.
2. Isi laporan
Isi laporan perlu mengandungi beberapa perenggan yang dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.
Selain itu, isi laporan perlu menyentuh kepada semua perkara yang berlaku di dalam aktiviti atau peristiwa yang telah berlaku terbabit.
3. Disediakan oleh dan Tandatangan
Di bawah perenggan terakhir, penulis perlu menulis perkataan Disediakan Oleh,.
Tandatangan perlu diturunkan oleh setiausaha di bawah perkataan Disediakan Oleh tersebut.
Setiap tandatangan yang diturunkan adalah untuk mengesahkan laporan yang telah ditulis.
4. Nama dan Jawatan
Nama dan jawatan perlu ditulis di bawah tandatangan yang telah diturunkan.
Nama perlulah ditulis dengan kesemua huruf ialah huruf besar dan diletakkan kurungan pada awal dan akhir nama.
5. Tarikh
Tarikh perlu ditulis di bahagian kanan kertas sebaris dengan Disediakan Oleh.
Contoh Laporan
Antara contoh-contoh penulisan laporan yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti berikut:
Contoh Laporan 1
Contoh Laporan 2
Sumber: Format Penulisan Laporan Aktiviti & Contoh-Contohnya (fuh.my)