Pengarah KPDNHEP Melaka Saran Kurangkan Makan Telur

Pengarah KPDNHEP Melaka Saran Kurangkan Makan Telur Ekoran Kenaikan Harga

Bermula 1 Julai 2022, kenaikan harga barang asas seperti minyak masak, telur, dan ayam meresahkan ramai pengguna seluruh Malaysia.

Pelbagai keluhan dan perkongsian dimuat naik di media sosial susulan isu kenaikan harga ini, dan tak lupa beberapa panduan atau tips turut dikongsikan bersama.

Salah satu video yang mengundang kemarahan warga maya adalah saranan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar agar orang ramai mengurangkan pengambilan telur.

Ekoran kenaikan harga telur, Norena berkata sekiranya harga telur tinggi, maka langkah yang boleh diambil pengguna adalah dengan mengurangkan daripada makan telur.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

Artikel lain: Pasangan Positif Dadah Tinggalkan Mayat Kanak-kanak Digilis, Tercampak Di Tengah Jalan

pengarah kpdnhep melaka

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam rakaman tersebut. (rujuk video di bawah)

Bercakap kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandar Raya Melaka, Norena berkata rakyat perlu memahami situasi kenaikan harga barang disebabkan inflasi di seluruh negara ketika ini.

“Kerajaan memutuskan untuk bagi lagi pelbagai subsidi untuk bagi kita tak terbeban dengan inflasi tapi kita mohon sangat terutama rakyat Melaka (faham), kita sekarang dalam inflasi yang tinggi.

“Bukan Malaysia sahaja tekanan barangan naik, bahkan satu dunia. Ini bukan isu baru,” katanya.

Rakaman video yang tular di media sosial dimuat naik saluran Youtube Melaka TV menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai, di mana kebanyakannya kecewa dengan cadangan tersebut.

Ini kerana, telur adalah antara sumber protein yang paling murah untuk rakyat yang kurang berkemampuan, apatah lagi dengan kenaikan harga ayam dan barangan asas yang lain.

Untuk makluman, bermula 1 Julai, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.

Harga siling telur ayam pula naik antara 2sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Sumber: Harianpost