Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai cara tempah janji temu klinik kesihatan KKM online menerusi MySejahtera

Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Keluarga Sahabat & Pasangan

Janji Temu Klinik Kesihatan Online

Berikut adalah info mengenai janji temu klinik kesihatan online mysejahtera dari laman https://ecentral.my/janji-temu-klinik-kesihatan-online/

Janji Temu Klinik Kesihatan KKM Online

Apakah Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM?

Ia merupakan sebuah inisiatif KKM kepada pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik seluruh Malaysia.

Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:

  1. Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  2. Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  4. Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

Janji temu klinik kesihatan

Rawatan / Temujanji Yang Boleh Ditempah Secara Online

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :

  • I) Rawatan Pesakit Luar
  • II) Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • III) Saringan Kesihatan PeKa B40
  • IV) Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • V) Saringan Pra-Perkahwinan
  • VI) Khidmat Berhenti Merokok
  • VII) Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • VIII) Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Cara Buat Tempahan Janji Temu Klinik KKM Melalui MySejahtera

Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  3. Muat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei)
  4. Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  5. Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  6. Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  7. Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  8. Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
  9. Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  10. Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
Janji temu klinik kesihatan
Paparan utama MySejahtera. Klik menu ‘Appointment’ seperti yang ditandakan
Janji temu klinik kesihatan
Pilih nama individu yang ingin membuat temujanji
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih perkhidmatan yang ditawarkan 
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Cari lokasi klinik yang ingin dikunjungi. Sila taip kata kunci kawasan anda ; Contoh : Melaka, Kajang, etc
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih slot tarikh & waktu temujanji yang tertera
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Klik butang ‘Confirm’ selepas anda membuat semakan tarikh dan waktu temujanji Klinik Kesihatan KKM

Anda akan menerima notifikasi temujanji anda.

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

Sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera telah boleh diakses oleh semua bermula 1 Januari 2023. Dikongsikan infografik Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera untuk rujukan semua.

Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 01
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 02
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 03
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 04
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 05
Soalan Lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 06

Sumber: https://jknns.moh.gov.my/

Sumber: https://ecentral.my/janji-temu-klinik-kesihatan-online/