Doa Dipermudahkan Urusan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai doa dipermudahkan urusan yang diambil dari laman rasmi JAKIM

Lain: Adat Tol Kahwin Orang Johor

Doa Dipermudahkan Urusan

Berikut adalah info mengenai doa dipermudahkan urusan yang dikongsikan oleh laman rasmi https://ecentral.my/doa-dipermudahkan-urusan-jakim/

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa Dipermudahkan Urusan

Dalam menjalani urusan kita sehari-harian, kita pasti mahukan semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

Namun, dalam kehidupan, ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran serta masalah. Habis satu masalah datang, perkara lain pula menyusul.

Hanya yang pernah melaluinya sahaja yang tahu betapa sukarnya untuk hadapi ketidaktentuan hidup.

Sebagai hamba, kita tiada daya untuk mengawal apa yang bakal terjadi. 

Di samping berusaha sehabis mungkin, kita sebagai umat Islam juga sangat digalakkan untuk banyak berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Terdapat satu doa khas yang boleh dibaca supaya dipermudahkan segala urusan. Jom kita semak doanya bersama.

Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :


اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Riwayat al-Baihaqi (265)

doa dipermudahkan urusan

Sumber : Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Sesungguhnya, hanya Allah yang mampu memudahkan perkara yang sukar, mampu meluaskan jalan yang sempit.

Manusia hanya mampu merancang, Allah yang akan menentukan. Sebagai hamba yang lemah, kita perlulah melazimi untuk berdoa dan meletakkan harapan kepada-Nya dalam setiap urusan yang kita lakukan.

Doa tidak mungkin dapat menghilangkan masalah sekelip mata, namun semoga dengan berkat doa ini, Allah dapat melapangkan fikiran dan hati kita supaya dapat melalui cabaran dengan lebih sabar dan cekal.

Ingatlah bahawa Allah memegang sifat Ar-Razzaq, Yang Maha Memberikan Rezeki dan mencukupkan keperluan hamba-hambanya.

 Semoga perkongsian doa dipermudahkan urusan ini bermanfaat buat anda untuk amalkan setiap hari. Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan kita. Selamat beramal!

Sumber: https://ecentral.my/doa-dipermudahkan-urusan-jakim/