Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara check baki digi prepaid & cara chek baki digi terkini secara cepat dan pantas.
Lain: Cara Check Baki Celcom Prepaid (Mudah & Cepat)
Check Baki Digi Prepaid
Berikut adalah panduan cara chek baki digi prepaid yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/check-baki-digi-prepaid/
Chek Baki Digi Prepaid
Terdapat beberapa cara mudah untuk cek baki Digi prepaid dan anda boleh menggunakan salah satu cara berikut mengikut kesesuaian:
- Aplikasi MyDigi
- Portal Digi
- Panggilan Dial Up
Semakan melalui Aplikasi MyDigi
Pihak Digi telah memperkenalkan aplikasi ini untuk pengguna Digi tidak kira pengguna pelan Postpaid mahupun Prepaid.
Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigi daripada salah satu pautan yang berikut:
- Google Play – Bagi pengguna Android
- App Store – Bagi pengguna iOS
Bagi mengelakkan peranti anda digodam, pastikan anda hanya memuat turun aplikasi MyDigi dari sumber yang sah sahaja.
Setelah muat turun, log masuk ke akaun anda dalam baki kredit prepaid anda akan dipaparkan dalam aplikasi tersebut.
Bagi pengguna pelan Prepaid, aplikasi MyDigi ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti yang berikut:
- Semakan baki kredit
- Penggunaan data
- Reload kredit
- Reload data internet
- … dan lain-lain fungsi lagi
Menariknya, dalam aplikasi ini anda juga boleh melihat tawaran dan promosi baru daripada pihak Digi yang pastinya lebih jimat dan berbaloi.
Semakan melalui portal Digi
Anda juga boleh membuat semakan baki kredit Digi melalui portal Customer Service Digi sendiri dengan mengikut langkah-langkah berikut:
- Layari portal Digi di pautan https://www.digi.com.my/
- Klik pada butang MyDigi yang terletak pada bucu atas kanan laman tersebut
- Masukkan nombor telefon/emel dan password. Bagi pengguna baru, klik pada tulisan Register
- Setelah log masuk, anda dapat melihat perincian akaun anda beserta baki Digi anda secara terus pada dashboard anda
Melalui portal Digi juga, ada boleh melakukan pelbagai urusniaga lain seperti langganan e-Bill, bayaran bil, reload atau topup percuma dan banyak lagi.
Semakan melalui Panggilan Dial Up
Ini merupakan kaedah paling mudah untuk menyemak baki kredit prepaid anda dengan membuat panggilan terus ke nombor *126#
Walau bagaimanapun, panggilan ini hanya berfungsi sekiranya anda membuat panggilan terus daripada nombor Digi.
Sumber: https://ecentral.my/check-baki-digi-prepaid/