Berikut adalah panduan cara jawab azan untuk semua waktu solat dan cara jawab azan waktu subuh.
Artikel lain: Hukum Makan Secara Mukbang Dalam Islam? Ini Penjelasan Mufti
Cara Jawab Azan
Berikut adalah panduan cara jawab azan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Therohani.
Cara jawab azan
Apabila kita mendengar seruan azan dilaungkan maka sunat untuk kita menjawab.
Cara menjawab seruan azan ialah mengikut atau ulang secara perlahan-lahan apa yang dilaungkan oleh muazzin dalam azan tersebut kecuali beberapa kalimah tertentu.
Berikut ialah cara untuk menjawab azan dalam bentuk visual yang lebih mudah difahami:
Cara jawab azan Subuh
Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah ini:
Untuk lafaz khusus solat Subuh ini, maka anda perlu menjawab seperti berikut:
Cara jawab iqamah / iqamat
Ada orang eja iqamah, ada orang mengeja dengan ejaan iqamat. Kedua-duanya sama sahaja.
Berikut ialah cara untuk menjawab iqamah / iqamat dalam bentuk visual:
Apa maksud azan?
Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan).
Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan bukan perempuan dan kaedah azan adalah dilaunkan dengan lafaz-lafaz dan nada tertentu.
Perkara sunat yang dilakukan sebelum melaungkan azan
- Berwudhu’.
- Menghadap kiblat.
- Berdiri sewaktu melaungkan azan.
- Dilakukan di tempat yang tinggi agar mudah didengari oleh semua.
- Mengeluarkan suara yang nyaring.
Lafaz dan ejaan azan dalam rumi
Jika anda tidak mahir Bahasa Arab, anda boleh jawab azan seperti bacaan rumi di bawah.
Berikut ialah bacaan azan dalam rumi:
- Allahu Akbar, Allahu akbar
- Ashhadualla ilaha illallah
- Ashaduannamuhammadar rasulullah
- Haiyya ‘alas solah
- Haiyya ‘alal falah
- Allahu akbar, Allahu akbar
- Laa ilaha illallah
Maksud laungan azan
Berikut pula ialah maksud laungan azan oleh muazzin:
- Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
- Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah
- Aku naik saksi bawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
- Marilah kita bersolat
- Marilah kita menuju kejayaan
- Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
- Tiada Tuhan Melainkan Allah
Cara jawab dan lafaz azan dalam rumi
Kepada anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, lihat jadual yang kami sediakan di bawah:
Lafaz Azan | Lafaz Jawab Azan |
Allahu Akbar, Allahu akbar | Allahu Akbar, Allahu akbar |
Ashadualla ilaha illallah | Ashadualla ilaha illallah |
Ashaduannamuhammadar rasulullah | Ashaduannamuhammadar rasulullah |
Haiyya ‘alas solah | Laa haula wa laa quwwata illaa billaah |
Haiyya ‘alal falah | Laa haula wa laa quwwata illaa billaah |
Allahu akbar, Allahu akbar | Allahu akbar, Allahu akbar |
Laa ilaha illallah | Laa ilaha illallah |
Bacaan doa selepas muazzin selesai melaungkan azan
Berikut ialah doa selepas azan yang sunat dibaca:
Maksud doa selepas azan
Bacaan doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah. Innaka laatukhliful mi’ad.
Makna doa selepas azan
“Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ Kedudukan yang tinggi dan terpuji Yang telah engkau telah janjikan
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”