Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai sebab lipan berada di rumah anda dan cara halau lipan dengan mudah dan semulajadi.
Artikel asal dikongsikan di laman web Selalu Jumpa Lipan Dalam Rumah? Ini Sebab & Cara Atasinya
Lain: Cara Buat Wet Food Kucing Guna 3 Bahan Murah & Mudah
Kenapa Ada Lipan Dalam Rumah
Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai, lipas, lalat dan labah-labah.
Jadi untuk ambil pendekatan terbaik , cara mengelakkan kehadiran lipan adalah dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.
Untuk halang lalat dan labah-labah mungkin mudah. Namun dalam kes anai anai tak semua orang mampu nak buat pest control memandangkan kosnya pun ‘boleh tahan’
Cara Halau Lipan
Berikut adalah cara halau lipan semulajadi yang mudah dan cepat.
Garam
Taburkan garam yang anda di kawasan dan laluan yang selalu temui lipan. Kebiasaannya pastilah kawasan yang lembap bukan?
Biarkan saja garam tanpa perlu disapu dan mungkin anda boleh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Ulang sehingga anda rasa memang dah tak ada lagi lipan di rumah.
Kapur Barus
Sama seperti garam anda hanya perlu menaburkan kapur barus di kawasan lembap untuk memastikan lipan tak datang lagi.
Daun Pandan
Buat anda daun panda berbau harum bukan? Namun untuk lipan ia adalah sebaliknya
Jadikan gunakan kelebihan ini dengan meletakkan daun pindah sebagai pelindung anda. Hiris daun pandan halus-halus dan letakkan ke dalam mangkuk. Lagi banyak kuantitinya lagi bagus.
Kemudian, mangkuk yang berisi hirisan daun pandan tu letakkan di setiap sudut rumah supaya lipan akan akan menjauhi rumah anda.
Harap petua di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipan dalam rumah. Kongsikan kepada keluarga dan kenalan ok?
Sumber: Selalu Jumpa Lipan Dalam Rumah? Ini Sebab & Cara Atasinya