Biodata Meerqeen Pelakon Popular

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info biodata Meerqeen & latar belakang Merqeen pelakon popular

Lain: Biodata Anna Jobling Pelakon Popular

Biodata Meerqeen

Berikut adalah biodata Meerqeen pelakon utama Melur Untuk Firdaus yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Biodata Meerqeen, Pelakon Utama Melur Untuk Firdaus (fuh.my)

Biodata Meerqeen

Nama Penuh Meerqeen : Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam

Tarikh Lahir Meerqeen : 4 Jun 2001

Umur Meerqeen : 22 tahun (2023)

Asal : Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor

Pendidikan : Kolej Vokasional Gombak

Latar Belakang Meerqeen

Meerqeen berpeluang untuk tonjolkan bakatnya secara profesional apabila terpilih sebagai peserta Hero Remaja 2020 dan berjaya merangkul tempat ketiga. 

Antara peserta yang turut bertanding bersama Meerqeen adalah Nadhir Nasar, Hariz Hamdan, Imran Aqil, Jazmy Khan, Aniq Suhair dan Jabir Meftah. 

Selepas tamatnya program pencarian Hero Remaja, Meerqeen dihujani dengan pelbagai tawaran lakonan. Selain Melur Untuk Firdaus, antara drama bersiri yang pernah dibintangi beliau adalah Angkara Cinta dan filem Kelaster serta Frontliner. 

Impak populariti yang diraih menerusi drama Melur Untuk Firdaus juga membuka rezeki buat Meerqeen untuk muncul buat pertama kalinya di web series terbitan Bank Rakyat Indonesia (BRI) yang bertajuk Modus Operandi. 

Menerusi ruangan komen, ramai warganet memuji bakat lakonan semulajadi Meerqeen yang tidak kekok membawa dialog Bahasa Indonesia. 

Bagi anda yang merindui lakonan Meerqeen, jangan lupa untuk tonton drama terbaru bertajuk Nenek Bongkok Tiga / The House on Autumn Hills, sebuah drama Viu Originals secara eksklusif di platform tersebut bermula 9 Februari 2023.

Drama ini turut dibintangi oleh ramai pelakon terkenal antaranya Hun Haqeem, Sofia Jane, Sherie Merlis dan Sara Ali.

Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, malah jejaka berusia 22 tahun ini juga berkebolehan dalam bidang nyanyian. 

Hasrat beliau untuk melibatkan diri dalam bidang yang diminatinya sejak bangku sekolah ini akhirnya tercapai apabila beliau melancarkan sebuah single bertajuk ‘Menunggu’ pada tahun 2021. 

Untuk ketahui perkembangan terkini mengenai Meerqeen, jangan lupa untuk ikuti laman Instagram beliau. 

Sumber: Biodata Meerqeen, Pelakon Utama Melur Untuk Firdaus (fuh.my)