Sebagaimana yang kita tahu, lalat merupakan sejenis serangga yang tergolong dalam kumpulan haiwan berdarah sejuk. Oleh sebab itu, lalat tidak dapat membiak dalam suhu persekitaran rendah.
Lalat mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu antara lima hingga 30 hari. Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada lalat memerlukan waktu tidur ataupun tidak dan apa yang serangga ini buat pada waktu malam?
Artikel lain: Punca Aircond Kereta Tak Sejuk
Di Mana Lalat Berada Pada Waktu Malam
Pernahkah anda lihat lalat terbang merata-rata sewaktu langit bertukar gelap?
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan lalat aktif pada waktu siang kecuali nyamuk yang sering menggangu kita pada waktu malam. Hal ini kerana serangga perosak seperti lalat memerlukan cahaya untuk membimbing mereka secara visual, menjadikan mereka tidak aktif pada waktu malam.
Menjelang malam, suhunya lebih rendah berbanding siang. Perkara itu membuatkan pergerakan lalat menjadi lambat ekoran fungsi badan tidak bertindak balas dengan cepat (tidak aktif).
Berbeza dengan nyamuk, serangga itu aktif pada waktu malam untuk mencari makanan. Hal ini kerana mata dan antena (muncung) nyamuk sememangnya disesuaikan untuk melihat dalam gelap dan sangat sensitif.
Oleh itu, waktu tidur nyamuk ialah pada waktu siang.
Tempat Lalat Berlindung Pada Waktu Malam
Sebelum malam, haiwan perosak ini akan mencari kawasan atau tempat untuk mereka bertenggek sejenak sebelum matahari kembali terbit.
Biasanya, lalat gemar untuk berehat di bawah daun, rumput, dahan, batang pokok, dinding, langsir, permukaan yang rata dan sebagainya kerana mereka boleh tidur di mana-mana sahaja.
Lalat Tidur Ke?

Sumber: Siakap Keli