Adakah Kerap Makan Painkiller Sewaktu Period Pain Boleh Sebabkan Mandul?

Pasti ramai yang pernah tertanya tentang betul ke makan painkiller ketika period pain secara kerap boleh sebabkan mandul. Untuk mengetahui jawapannya, ikuti artikel seperti berikut:

Ubat tahan sakit seringkali digunakan untuk melegakan kesakitan akibat pelbagai serangan penyakit, kecederaan hinggalah ketika pembedahan. Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit dan setiap jenis mempunyai keberkesanan, cara tindakan dan kesan sampingan yang berbeza.

Oleh itu, ada ubat tahan sakit yang boleh dibeli di kaunter farmasi tanpa preskripsi doktor, tetapi ada juga yang mesti digunakan mengikut preskripsi dan arahan doktor. Sesetengah kaum wanita pasti akan menggunakan ubat ini ketika mereka sedang datang haid.

Namun, persoalan yang sering timbul ialah adakah benar makan ubat tahan sakit setiap kali seseorang wanita itu sedang berada dalam keadaan period pain akan menyebabkan mereka mandul? Untuk menjawab soalan ini mari kita ikuti perkongsian yang dibuat menerusi portal kesihatan Hello Doktor bagi menjawab segala persoalan.

Kerap Makan Painkiller Untuk Period Pain Boleh Menyebabkan Mandul, Fakta Atau Auta?

painkiller

Bolehkah makan panadol pink untuk period? Bagi sesetengah wanita, makan ubat tahan sakit adalah satu-satunya cara untuk melegakan kesakitan, terutamanya ketika bekerja. Bagi mereka, cara termudah untuk menghilangkan period pain adalah dengan cara mengambil panadol pink.

Tidak dinafikan, ubat tahan sakit dapat melegakan sakit perut yang berpunca daripada haid. Walau bagaimanapun, adakah ia selamat? Untuk pengetahuan anda, ubat tahan sakit atau painkiller mempunyai banyak kesan sampingan, terutamanya dalam jangka masa panjang.

Menurut Dr. Pratima Thamke dari Motherhood Hospital, Mumbai, wanita perlulah mengelakkan pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan.

“Kalau mengambil aspirin/ibuprofen/paracetamol lebih daripada 4 kali sehari, ia mungkin akan mendatangkan mudarat. Jadi, pastikan dos yang diambil tidak melebihi 250 miligram setiap hari,” katanya.

Ingin tahu kesan buruk pengambilan ubat tahan sakit? Jom ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Benarkah panadol pink untuk period tidak baik untuk kesihatan?

period pain

“Ehh, jangan makan banyak sangat ubat tahan sakit! Nanti boleh mandul!”

Pasti ramai wanita pernah dengar kenyataan di atas. Sebenarnya, sudah lama pengambilan ubat tahan sakit ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit, terutamanya kemandulan.

Walaupun wanita mengandung tidak digalakkan mengambil ibuprofen (sejenis ubat tahan sakit) pada trimester kedua kehamilan, namun ia masih lagi selamat untuk pengambilan wanita pada trimester pertama.

Jika boleh, wanita mengandung perlu elakkan pengambilan ubat tahan sakit. Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Human Reproduction, penggunaan ubat ini boleh mengganggu perkembangan ovari pada fetus.

Sebelum kita kupas lebih lanjut mengenai keburukan ubat tahan sakit, wanita perlu tahu bahawa ubat tahan sakit yang berdos rendah adalah selamat. Malah, pengambilan ubat tahan sakit juga merupakan cara yang sangat berkesan untuk melegakan period pain.

Sakit perut disebabkan haid juga amat lazim dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, jika anda perlu mengambil lebih daripada 4 biji ubat menstrual setiap hari, anda perlulah berjumpa doktor secepat mungkin.

Malah, sakit yang teruk ketika period juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti sista ovari, polip, PCOS atau penyakit lain.

Namun, kesakitan ini akan semakin berkurang apabila wanita menginjak dewasa. Jika anda sering mengambil ubat tahan sakit, sudah tentulah ia datang dengan kesan sampingan yang tertentu seperti:

  1. Sembelit: Jika anda terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit, anda akan alami sembelit pada masa yang sama, terutamanya ketika haid.
  2. Pedih ulu hati: Ini juga merupakan kesan sampingan ubat tahan sakit yang boleh membawa ketidakselesaan.
  3. Loya dan muntah-muntah: Ada juga yang akan rasa loya dan muntah selepas mengambil ubat tahan sakit.
  4. Sakit perut: Ada juga wanita yang akan rasa sakit perut selepas makan panadol pink.

Semoga perkongsian ini membawa banyak manfaat kepada semua!

Sumber: Hello Doktor