Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai puasa muharam seperti maksud, niat puasa & manfaat puasa muharam
Lain: Contoh Ucapan Selamat Berpuasa & Salam Ramadan
Puasa Muharam
Berikut adalah info mengenai puasa muharam yang dikongsikan oleh laman Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya (harianpost.my)
Apa itu Puasa Muharam
Puasa Muharram adalah puasa-puasa sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan Muharram.
Puasa yang paling diutamakan pada bulan Muharram adalah puasa di hari kesepuluh Muharram diikuti oleh sehari sebelum dan sesudahnya, iaitu pada hari ke 9 dan 11.
Atau, puasa di hari kesembilan (Tasua) dan kesepuluh (Asyura). Atau, puasa di hari kesepuluh (Asyura) saja.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk mengerjakan puasa sunat pada hari putih (puasa Ayyamul Bidh) iaitu pada tarikh (kalendar Islam) 13, 14, dan 15 setiap bulan, termasuk bulan Muharram.
Anda juga boleh mengerjakan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sepanjang bulan Muharram ini (dan pada bulan-bulan lain juga).
Niat Puasa Muharram
1. Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)
نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Maksud: Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.
2. Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
Maksud: Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.
3. Niat Puasa Hari Isnin/Khamis
Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Isnin/Khamis kerana Allah Ta’ala.
4. Niat Puasa Hari Putih (13, 14, 15 Muharram/bulan-bulan lain)
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Sumber: Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya (harianpost.my)