Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Hijrah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Doa akhir tahun JAKIM & doa awal tahun hijrah untuk panduan anda

Lain: Doa Dipermudahkan Urusan

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

Berikut adalah info mengenai doa akhir tahun & doa awal tahun yang dikongsikan oleh laman Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (JAKIM) (ecentral.my)

Apa itu Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 (Selasa).

doa awal tahun

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) pula dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa) bersamaan 1 Muharram 1445H.

doa akhir tahun
Sumber: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Kedua-dua doa ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.

Memandangkan Awal Muharam juga jatuh pada hari Jumaat, jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Semoga dengan doa yang kita baca ini dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah dan dilindungi daripada segala perbuatan maksiat yang ditegahNya. Dan niatkan agar dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan.

Selain itu, titipkan niat agar sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah pada masa akan datang.

Sumber: Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah (JAKIM) (ecentral.my)