Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai kereta Tesla Malaysia seperti harga, model, spesifikasi & cara tempah Tesla Malaysia.
Lain: Maksud Simbol Lampu Penunjuk Kereta Pada Dashboard
Tesla Malaysia
Berikut adalah info mengenai Tesla Malaysia yang dikongsikan oleh laman asal di Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta (ecentral.my)
Apa itu Tesla
Tesla adalah salah satu jenama yang mengeluarkan kereta elektrik. Baru-baru ini, Tesla secara rasminya telah membuka tempahan model-model keretanya untuk pasaran Malaysia.
Ini bermakna peminat kereta elektrik (EV) Tesla tidak perlu membeli kereta import dari luar negara kerana kereta ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia.
Ini juga bermakna, pembali tidak perlu risau akan perkhidmatan selepas jualan, servis dan pembelian alat ganti kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak Tesla Malaysia.
Model Tesla Malaysia
Buat masa ini, hanya Tesla Model Y yang telah dibuka untuk tempahan.
Jangkaan mendapat kereta ini adalah pada awal tahun 2024.
Menurut laman rasmi Tesla Malaysia, tempahan bagi model Tesla 3 juga akan dibuka pada masa hadapan.
Harga Tesla Malaysia
Mengikut halaman rasmi Tesla Malaysia, berikut merupakan harga rasmi Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia:
- Model Y (Asas) – RM199,000
- Model Y (Long Range) – RM246,000
- Model Y (Performance) – RM288,000
Spesifikasi Tesla Malaysia & Varian
Tesla mereka bentuk Model Y dari bawah sebagai kenderaan elektrik menggunakan integrasi peringkat sistem secara keseluruhannya.
Setiap komponen, termasuk bateri, motor dan juga rekabentuk aerodinamik luaran dioptimumkan untuk mendapat manfaat antara satu sama lain dan mencipta salah satu kenderaan yang paling cekap, namun sangat berkuasa yang pernah dibina.
Berikut merupakan spesifikasi Model Y dari halaman rasmi TeslaMalaysia:
Tesla Model Y ini turut didatangkan dengan 5 pilihan warna:
- Pearl White Multi-Coat
- Solid Black – RM5,000
- Midnight Silver Metallic – RM5,000
- Deep Blue Metallic – RM5,000
- Red Multi-Coat RM10,000
Fungsi Tambahan
Selain itu, pembeli yang membuat tempahan juga boleh mendapatkan beberapa fungsi tambahan seperti berikut untuk menjadikan kereta Tesla anda autonomous.
- Enhanced Autopilot – RM16,000
- Full Self-Driving Capability – RM32,000
Cara Membuat Tempahan Tesla Malaysia
Sekiranya anda ingin membuat tempahan, anda boleh melakukannya terus melalui laman web rasmi TeslaMalaysia:
- Layari https://www.tesla.com/
- Klik butang “Custom Order” pada Model Y
- Pilih varian, warna dan lain-lain funngsi tambahan yang diingini
- Pada bahagian bawah halaman tempahan, klik pada butang “Continue to Payment”
Sumber: Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta (ecentral.my)