Contoh Penulisan Memo

Dalam artikel ini kami akan kongsikan contoh memo serta contoh penulisan memo mudah & lengkap serta panduan cara tulis memo.

Lain: Contoh Penghargaan Kerja Kursus

Penulisan Memo

Berikut adalah info mengenai penulisan memo yang dikongsikan oleh laman asal di Panduan & Contoh Penulisan Memo Yang Mudah & Lengkap (fuh.my)

Contoh Memo

Ikuti panduan berikut untuk cari contoh memo.

Tujuan Penulisan Memo

Tujuan penulisan sesuatu memo dilakukan adalah untuk:

  • Menyampaikan maklumat dalaman organisasi.
  • Mengumumkan sesuatu perubahan dasar organisasi tersebut.
  • Menjelaskan prosedur baharu tentang sesuatu perkara.
  • Membuat permohonan sesuatu perkara dalam bahagian di organisasi.
  • Memberi nasihat tentang membuat sesuatu keputusan.
  • Laporan ringkas tentang status atau apa yang sedang berlaku pada ketika itu

Ciri-Ciri Memo

Secara umumnya, terdapat beberapa ciri-ciri penulisan memo iaitu:

  • Ditulis secara ringkas.
  • Mementingkan isi.
  • Bertujuan untuk makluman, permintaan, cadangan atau arahan.
  • Berbentuk borang dan berbentuk terbuka.
  • Penggunaan memo dalam organisasi yang sama.
  • Mementingkan keseragaman dalam penggunaan di organisasi.

Bentuk Memo

Terdapat 2 bentuk memo yang biasa digunakan iaitu:

  • Bentuk Borang
  • Bentuk Terbuka

Memo Bentuk Borang merujuk kepada memo yang tajuk dan maklumat telah dicatat dalam borang

Penulis hanya perlu mencatat atau menanda pada ruang yang disediakan dan memo bentuk ini juga mempunyai ruang kosong untuk catatan tambahan.

Manakala, Memo Bentuk Terbuka pula merupakan bentuk memo yang sama seperti surat rasmi dan setiap organisasi boleh mempunyai reka bentuk sendiri mengikut kesesuaian organisasi tersebut bagi tujuan memudahkan urusan.

Format Penulisan Memo

Umumnya, format penulisan memo mengandungi perkara-perkara yang berikut:

  • Logo organisasi
  • Nama organisasi
  • Jenis memo iaitu sama ada “Memo Dalaman”, “Memo Antara Bahagian”,“Memo Antara Unit”
  • Penerima memo – “Kepada”
  • Pengirim memo – “Daripada”
  • Tarikh memo
  • Rujukan
  • Penerima salinan – “Salinan kepada”
  • Perkara/tajuk
  • Isi/maksud memo
  • Ucapan terima kasih
  • Tandatangan pengirim
  • Nama pengirim – dalam kurungan
  • Nombor telefon pengirim
  • Alamat e-mel pengirim
  • Ringkasan pendraf dan penyedia memo

Penulisan memo perlu mengikut konsep piramid terbalik, iaitu bahagian atas ialah isi penting, diikuti oleh data sokongan dan bahagian akhir sekali ialah harapan penulis.

contoh memo

Contoh Memo

Contoh memo yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

i) Memo Bentuk Borang

contoh memo

ii) Memo Bentuk Terbuka

contoh memo

Bacaan Lanjut

Untuk bacaan lanjut mengenai penulisan memo, sila layari pautan https://iab.moe.edu.my/bahanportal/penerbitan/IAB-BUKU%20PENULISAN%20SURAT%20RASMI%20DAN%20MEMO-FULL.pdf.

Sumber: Panduan & Contoh Penulisan Memo Yang Mudah & Lengkap (fuh.my)