Senarai Perkara Yang Membatalkan Puasa

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai perkara yang membatalkan puasa yang harus anda ketahui.

Lain: Lafaz & Niat Ganti Puasa Ramadan

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Berikut adalah senarai perkara yang membatalkan puasa menurut laman https://ecentral.my/perkara-yang-membatalkan-puasa/

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa kita.

Makan dan minum dengan sengaja

Tidak kira sama ada sedikit atau banyak, sekiranya anda dengan niat sengaja untuk makan dan minum, maka ibdah puasa anda sama sekali terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya perbuatan ini dilakukan akibat anda terlupa atau tidak sengaja, maka puasa anda tidak terbatal dan anda wajib meneruskan puasa tersebut sehingga waktu berbuka.

Untuk rujukan, sila Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

Memasukkan benda ke dalam rongga

Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata.

Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.

Laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

Sekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.

Sengaja muntah

Muntah dengan sengaja juga merupakan perbuatan yang membatalkan puasa.

Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang beriku:

Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada’ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada’. (riwayat Abu Daud)

Persetubuhan

Bersetubuh sama ada mengeluarkan air mani juga termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

Mengeluarkan air mani dengan sengaja

Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh menyebabkan puasa kita terbatal.

Walau bagaimanapun, sekiranya air mani tersebut keluar akibat kita bermimpi ketika tidur pada siang hari, maka tidaklah terbatal puasa kita padahari tersebut.

Datang darah haid atau nifas

Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa.

Sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka puasa anda secra automatiknya terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.

Gila atau Murtad

Seseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.

Orang yang murtad juga terbatal ibadah puasanya kerana ibadah puasa ini hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: https://ecentral.my/perkara-yang-membatalkan-puasa/