Dalam artikel ini kami akan kongsikan info lengkap mengenai UMNO seperti sejarah UMNO serta senarai majlis tertinggi umno dan carta organisasi umno.
Artikel berkaitan: Senarai Calon Barisan Nasional BN Rasmi Untuk PRU15
UMNO
Berikut adalah maklumat penuh mengenai UMNO yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://ecentral.my/umno/
Sejarah Penubuhan UMNO
Ditubuhkan pada 11 Mei 1946, UMNO atau United Malays National Organization menyaksikan kepimpinan pertama oleh Dato’ Onn Jaafar dalam usaha mengukuhkan semangat kebangsaan Melayu dan dikatakatan menjadi pencetus kepada perkembangan politik dan ekonomi orang-orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu.
Kerjasama UMNO Dengan Parti Berbilang Kaum
Kehidupan berbilang kaum di Malaysia turut menggerakkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur.
Kemenangan yang mereka peroleh menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.
Pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 turut menyaksikan perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum.
Asas dan Tujuan Penubuhan UMNO
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.
Tujuan-tujuan UMNO adalah seperti berikut :
- Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai Agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
- Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan selagi mana ia membela
- Kepentingan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri di Malaysia.
- Membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.
- Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli khasnya serta rakyat Malaysia amnya.
- Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
- Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan prinsip-prinsip hak Asasi Manusia dan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli.
Presiden
YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi
Timbalan Presiden
YB Dato’ Seri Utama Mohamad bin Hasan
Naib Presiden
- YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob
- YB Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid
- YBhg Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Ketua Wanita
YB Datuk Seri Noraini binti Ahmad
Ketua Pergerakan Pemuda
YBhg Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Ketua Pergerakan Puteri
YBhg Dato’ Zahida binti Zarik Khan
Setiausaha Agung
YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
Bendahari Agung
YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor
Ketua Penerangan
Saudara Shahril Sufian bin Hamdan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi
- YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abd Kadir
- YB Datuk Dr Shamsul Anuar bin Nasarah
- YB Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican
- YB Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin
- YBhg Datuk Seri Abd Rahman bin Dahlan
- YBhg Datuk Seri Razali bin Ibrahim
- YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman
- YB Dato’ Sri Bung Moktar bin Haji Radin
- YB Dato’ Md Alwi bin Che Ahmad
- YBhg Datuk Rosnah binti Hj Abdul Rashid Shirlin
- YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Azeez bin Abdul Rahim
- YB Tan Sri Noh bin Haji Omar
- YBhg Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek
- YBhg Mejar Jen Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B)
- YBhg Dato’ Dr Fathulbari bin Mat Jahya
- YBhg Dato’ Azian bin Osman
- YB Datuk Khaidhirah binti Daro’ Seri Abu Zahar
- YB Dato’ Ahmad Jazlan bin Yaakub
- YB Dato’ Jalaluddin bin Alias
- YB Datuk Seri Utama Ir Hj Hasni bin Mohammad
- YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
- YB Datuk Suraya binti Yaacob
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (Dilantik)
- YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad
- YB Datuk Rosni binti Sohar
- YB Sen Dato Arman Azha bin Abu Hanifah
- YB Datuk Haji Yaakub Khan
- YBhg Dato’ Norliza bt Abdul Rahim
- YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yassin
- Nurul Amal bt Mohd Fausi
- YB Datuk Mohd Puad bin Zarkashi
- YBhg Datuk Johan bin Abd Aziz
- YBhg Datuk Ir Dr Shaik Hussein bin Mydin
- YBhg Datuk Mohd Razlan bin Muhammad Rafii
- Sdr Hizatul Isham bin Abd Jalil
- YB Datuk Hj Rizam Ismail
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (Turut Hadir)
- YAB Datuk Seri Wan Rosdy Bin Wan Ismail
- YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man
- YB Dato’ Saarani Bin Mohamad
- YBhg Datuk Haji Musa Bin Haji Sheikh Fadzir
- YBhg Datuk Seri Haji Johari Bin Abdul Ghani
- YB Dato Sri Ab Rauf Bin Yusoh
- YB Dato’ Seri Ahmad Bin Said
- YB Dato’ Haji Ismail Bin Lasim
- YB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali
Setiausaha
YBhg Dato’ Mohd Sumali Bin Reduan
Badan Perhubungan Negeri UMNO
- YB Dato’ Sri Bung Moktar Bin Haji Radin (Sabah)
- YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man (Perlis)
- YBhg Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom (Kedah)
- YBhg Datuk Haji Musa Bin Haji Sheikh Fadzir (P.Pinang)
- YB Dato’ Saarani Bin Mohamad (Perak)
- YBhg Datuk Seri Haji Johari Bin Abdul Ghani (Wilayah Persekutuan)
- YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar (Selangor)
- YB Dato Seri Utama Mohamad Bin Hasan (Negeri Sembilan)
- YBhg Dato’ Sri Ab Rauf Bin Yusoh (Melaka)
- YB Dato’ Ir Hasni Bin Mohammad (Johor)
- YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub (Kelantan)
- YB Dato’ Seri Ahmad Bin Said (Terengganu)
- YAB Datuk Seri Wan Rosdy Bin Wan Ismail (Pahang)
Jemaah Penasihat dan Majlis
Jemaah Penasihat UMNO
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Pengerusi Majlis dan Sekretariat UMNO Malaysia
- YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Syiar Islam)
- YB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan (Pengerusi Majlis Hak Asasi dan Kepentingan Melayu/Bumiputera)
- YB Dato’ Sri Mahdzir Khalid (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Kedaulatan Raja-Raja)
- YB Dato’ Sri Ismail Sabri (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Perlembagan dan Perundangan)
- YBhg Dato’ Seri Haji Khaled Nordin (Pengerusi Majlis Dasar Awam (Public Policy))
- YB Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Bahasa dan Kebudayaan)
- YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Komunikasi dan Media)
- YBhg Datuk Seri Haji Johari Ghani (Pengerusi Majlis Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan)
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai UMNO, sila ikuti laman Facebook UMNO Online dan laman rasmi UMNO di pautan https://umno.org.my/
Sumber: https://ecentral.my/umno/